Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

AirAsia Dan Grab Nafi Terlibat Tawarkan Peluang Pekerjaan Dalam Expo Kerjaya Di Utara Tanah Air

4 Okt 2017
5 ulasan

Susulan pendedahan berkaitan dengan sebuah karnival kerjaya terbesat di utara baru-baru ini yang mendakwa menyediakan 5,000 peluang pekerjaan, nampaknya ada syarikat-syarikat yang dikaitkan telah tampil membuat penafian.

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd (AirAsia) menerusi satu kenyataan pada Rabu menafikan penglibatan mereka dalam expo tersebut.

"AirAsia ingin mengesahkan bahawa syarikat ini tidak mengambil bahagian dalam expo kerjaya anjuran Job****.com Malaysia yang diadakan di Alor Setar, Kedah bermula 30 September hingga 1 Oktober lalu," demikian menurut kenyataan itu.

AirAsia menegaskan bahawa penganjur expo tersebut telah menggunakan logo syarikat mereka tanpa kebenaran dan persetujuan mereka.

Justeru itu syarikat AirAsia menggesa orang ramai yang curiga takut wujudnya penipuan boleh terus membuat laporan menggunakan laporan rasmi syarikat berkenaan.

"Orang ramai boleh membuat laporan atau berhubung dengan AirAsia menggunakan saluran komunikasi rasmi syarikat itu di www.facebook.com/airasia; www.twitter.com/airasia dan www.airasia.com/ask," katanya.


Selain AirAsia, pengendali e-hailing, Grab, turut menyangkal yang mereka terlibat menawarkan peluang pekerjaan seperti yang diuar-uarkan dalam iklan expo tersebut.

"Kami tidak membuat sebarang promosi tawaran pekerjaan ketika ini," kata Pengurus Komunikasi Grab Malaysia, Regina Robin.

Beliau bagaimanapun berkata, Grab sekadar menawarkan kod promosi atas permintaan penganjur untuk mengurangkan kesesakan lalu-lintas ke lokasi ekpo itu.

"Kami hanya diminta untuk menyediakan kod promosi bagi kemudahan pengangkutan sahaja, bukan syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan," katanya.

Sebelum ini tular di laman Facebook kisah sebuah expo kerjaya yang dilihat mengenakan cas RM10 untuk satu borang dan mereka perlu mengisi lima borang menjadikan jumlah keseluruhan RM50.

"Belum jumpa mana-mana karnival kerjaya mengenakan bayaran untuk mengisi borang pekerjaan,"antara kata tulisan netizen mengulas isu berkenaan.

Ada juga menyatakan ada graduan yang terpaksa pulang dengan hampa kerana wang cukup untuk tambang pergi dan balik ke expo berkenaan, kerana mereka masih menganggur tiada wang cukup untuk bayar cas borang yang perlu diisi. - Siakapkeli.my

Sumber: mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  3. Hai semua nya kami BANDAR TOGEL KELINCI99 dengan bonus freechips setiap hari nya menawarkan 3 pasaran togel terbesar dan 11 games online yang bisa di mainkan dengan 1 userid saja loh yuk langsung merapat dan bermain bersama kami proses cepat akan kami berikan untuk member kami semua silahkan PIN ; 2B1E7B84

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  5. """ION-QQ POKER
    kami dari agen poker terpercaya tahun ini
    Hanya dengan deposit dan withdraw 20.000 anda sudah dapat berrmain .. di sini kami

    menyediakan 4 permainan : bandar poker , play bandarQ , play domino99 dan play

    poker .. tunggu apalagi gan ayo segera daftar kan diri anda dan menangkan ratusan

    juta rupiah | PIN BB : 58ab14f5"""

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "