Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Papar Bendera Sukan SEA Berterabur, Pegawai RTM Digantung Tugas

7 Sep 2017

Akibat insiden ‘bendera berterabur’ pada paparan pungutan pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang disiarkan di saluran TV2 lepas, seorang pegawai telah digantung tugas serta dikenakan amaran.

Tindakan tersebut dikenakan kepada pegawai yang terlibat adalah berdasarkan keputusan siasatan terperinci yang dibuat oleh jawatankuasa setelah berakhirnya temasya sukan dwi-tahunan kata Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abu Bakar Ab Rahim.

“Seorang pegawai dari bahagian berita telah digantung tugas selama dua minggu. 

"Selain itu, terdapat beberapa pegawai telah diberi amaran berhubung insiden yang berlaku,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Namun demikian, beliau tidak mendedahkan identiti dan tarikh pegawai itu mula digantung tugas. Kakitangan lain juga diberi amaran di atas insiden yang terjadi untuk mengelakkannya daripada berulang pada Sukan Para Asean di Kuala Lumpur pada 17 hingga 23 September ini.

Abu bakar memberitahu bahawa kesilapan tidak akan berlaku jika semua pihak di bahagian produksi mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepanjang siaran berlangsung.

“Perkara ini kena ikut SOP, kalau ikut insyaAllah tak ada masalah. Apa-apa maklumat yang kita siarkan kena melalui saringan dahulu, tak boleh dibiarkan lepas begitu saja,” tambah Abu Bakar.

Baca Artikel Berkaitan : (Gambar) Netizen Tegur Sesetengah Media, Sejak kebelakangan Ini Kerap Papar Gambar Bendera Negara Sukan SEA Berterabur

Insiden bendera berterabur ini telah berlaku pada 24 Ogos lalu, dalam paparan pungutan pingat semasa siaran langsung berita Tamil di saluran TV2 pada pukul 7.30 malam sehingga tular di media sosial. Terdapat lapan bendera negara yang tertukar iaitu Vietnam, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja dan juga Laos.

Ketua Pengarah Penyiaran telah mengakui kesilapan yang berlaku serta memohon permintaan maaf sehari selepas insiden itu berlaku melalui segmen berita di saluran TV yang sama lapor mStar Online.

Setelah permohonan maaf dibuat melalui saluran TV insiden itu berlaku, beliau sekali lagi memohon maaf menerusi siaran Berita Nasional di Saluran TV1.

Menurut Abu Bakar, kesilapan tersebut berpunca pada peringkat produksi iaitu semasa memberikan maklumat terkini. Ia mungkin berlaku disebabkan keputusan pingat yang sentiasa berubah-ubah.

Sumber : mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    Bit.ly/60133026666
    011-2611-9352
    014-322-7846

    SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
    #SCR888 ->>> Pay dirt
    #LPE88 --->>> A night Out
    #JOKER123 --->>> Robin Hood
    #GW99 ---->>> Tarzan
    #SKY777 -->>> Aqua cash
    #sky99 --->>> Thai paradise

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "