Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Netizen Lancar Kempen Bantah Cadangan Perkenal Rokok "KIDDIE PACK"

7 Sep 2017

Kementerian Kesihatan dan NGO membantah paket rokok yang kurang 20 batang yang dikenali sebagai “pek Kiddie” dijual di pasaran.

Menurut Dr S Subramaniam, kementerian tidak akan memberi kelulusan untuk penjualan paket tersebut kerana undang-undang melarang penjualan rokok dalam pek kurang daripada 20 batang.

"Perundangan melarang penjualan pek kecil rokok kurang daripada 20 batang. Ini juga selaras dengan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) yang mana Malaysia adalah sebahagian daripada," katanya.

FCTC adalah perjanjian kawalan tembakau yang mana Malaysia telah menjadi sebahagiannya sejak 2003.

Di perjanjian itu, Malaysia diwajibkan secara langsung mewujudkan peruntukan yang ketat untuk mengawal tembakau dengan menggubal alat undang-undang domestik, menguatkuasakan undang-undang dan membangunkan dasar kebangsaan yang jelas yang memberi keutamaan kepada kesihatan awam.

Menurut FCTC, perjanjian antarabangsa pertama yang dimulakan dan diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menetapkan piawaian antarabangsa untuk mengawal tembakau dengan peruntukan mengenai pengiklanan dan penajaan, peningkatan cukai dan harga, pelabelan, perdagangan haram dan asap terpakai.


Dalam pada itu negara-negara luar seperti Brunei, Cambodia, Laos, Singapura dan Vietnam telah mengharamkan produk rokok Kiddie Pack di jual dipasaran kerana mahu melindungi kanak-kanak dari ancaman rokok.

Menurut amaran yang di keluarkan oleh pihak WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) “Rokok KIDDIE PACKS merupakan strategi pemasaran Industri Rokok. Ia dijual agar rokok mampu dibeli oleh kanak-kanak dan golongan muda.” 

Rokok Kiddie Pack adalah pek rokok yang mengandungi kurang dari 14 batang rokok. Ia dikatakan di reka khas untuk menarik minat kanak-kanak.

Ciri-ciri yang terdapat pada rokok kiddie pack ialah:
- Lebih kecil
- Tampak menarik dan comel
- Lebih mudah di bawa dan di simpan 
- Lebih mampu di miliki (termasuk kanak kanak!)

Terdapat kajian di Ireland menunjukkan 75% perokok bawah umur membeli dan memilih rokok Kiddie Pack. Survey pada kanak-kanak 11- 15 tahun di England pula mendapati kanak-kanak berjaya membeli rokok Kiddy Pack berbanding rokok 20 batang.

Ini adalah Strategi Syarikat Tembakau Industri tembakau telah membelanjakan kira kira 8.49 Billion USD setiap tahun untuk pemasaran produk beracun mereka. Beradasarkan kajian metaanalisis dari 9 kajian kohot telah membuktikan, hubungan yang positif, konsistan dan spesifik di antara pemasaran dan promosi rokok dan keinginan remaja untuk merokok.


Industri Rokok mempunyai satu isu besar, iaitu majoriti perokok akan mati akibat penyakit berkaitan rokok. Mereka memerlukan pelapis yang menggantikan pelanggan pelanggan yang telah mati. Atas sebab itu, kanak-kanak dan golongan muda menjadi sasaran Industri.

Walaupun kenaikan harga runcit beberapa tahun kebelakangan ini, ia tidak bermakna mereka boleh membuat pengenalan baru untuk menarik orang ramai terutama golongan kanak-kanak.

Katakan TAK NAK pada Kiddie Pack!

Sumber- Free Malaysia Today
Facebook-Public Health Malaysia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    Bit.ly/60133026666
    011-2611-9352
    014-322-7846

    SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
    #SCR888 ->>> Pay dirt
    #LPE88 --->>> A night Out
    #JOKER123 --->>> Robin Hood
    #GW99 ---->>> Tarzan
    #SKY777 -->>> Aqua cash
    #sky99 --->>> Thai paradise

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "