Myanmar Pasang Periuk Api Halang Rohingya Kembali
Bagi menghalang warga Rohingya pulang ke tempat asalnya, pihak Myanmar telah memasang periuk api di sempadan Bangladesh.
Berdasarkan sumber kerajaan di Dhaka menyatakan Bangladesh akan memfailkan bantahan secara rasmi terhadap Myanmar atas tindakan memasang periuk api di sekitar sempadannya.
Menurut Reuters, sumber tersebut mempunyai kebolehan untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan tempat itu secara langsung.
“Mereka memasang periuk api bersama pagar kawat duri,” katanya.
Pihak Bangladesh dapat bukti bergambar dari pemberi maklumat mengenai pemasangan periuk api itu.
“Tentera Bangladesh juga nampak tiga, empat kumpulan memasang sesuatu ke dalam tanah.”
Pemberi maklumat mengesahkan bahawa pihak Myanmar memasang periuk api di dalam tanah.
Semalam, Ketua Pengawal Sempadan Bangladesh, Manzurul Hassan Khan, berkata dua letupan berlaku di sebelah Myanmar menyebabkan dua kanak-kanak, seorang putus kaki dan seorang wanita cedera dipercayai akibat terpijak periuk api.
Rakaman video oleh seorang pelarian Rohingya yang pergi ke tempat letupan itu menunjukkan sesuatu yang kelihatan seperti periuk api, logam bulat bergaris pusat 10 sentimeter tertanam dalam lumpur.