Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Batuk Teruk Dah Berbulan, Tapi Cakap Kat Doktor Baru 3 Hari,"Jangan Tipu Sebab Rawatan Akan Diberikan Berdasarkan Apa Korang Bagitahu

30 Sep 2017

Seorang doktor atau jururawat ini memang memenatkan. Kualiti masa yang sedikit untuk hal peribadi apalagi dengan jam kerja yang sibuk. Jadi seorang staf kesihatan ini amat lah memerlukan kesabaran yang tinggi.

Dahla penat dengan waktu kerja yang tidak tetap ditambah pula dengan kerenah pesakit yang macam-macam. Kalau sakit yang boleh nampak itu senang la cerita, ini sakit yang kena buat check up untuk tahu. Tapi bila ditanya semua tidak mengaku dan berbohong.

Ikuti perkongsian Khairi Malik seorang staf kesihatan mengenai ragam pesakit yang datang ke tempatnya bertugas. Jangan macam ini ye, kesian petugas tuh.

Nak tegur sikit. Kalau pergi hospital tu mohon jujur kalau staf tanya soalan jangan reka-reka cerita or jangan menipu . Pernah aje jadi gini

Kat wad medical dulu, pesakit datang batuk-batuk. Dah lama batuk 3-4 bulan dah. Pesakit nampak sangat tak bermaya tak bole bagi history. Bila tanya family member, dia orang cakap tak pernah kena TB. Bila dah habis ambik darah semua and ambik vital sign. Tengok buku tca ada Akurit-4, pyridoxine bagai. And then tanya balik kenapa ada ubat-ubat tu. Then baru family cakap patient memang ada tb tapi diaorang rahsiakan sebab kesian nampak pesakit mcm dipulaukan orang ramai kalau tau dia ada tb.

At that time bergegas masing-masing cari mask, terus tolak katil masuk isolation room. Seriously it's aint about dipulaukan or what, tapi it could harm other people okay.

Kadang-kadang pesakit datang kecemasan memang adrenaline rush kita masuk branula tak sempat pakai glove. Ada sorang pesakit ni, vein dia timbul je tp semua dah keras. Mula-mula tanya kata tak pernah inject drug. Bila pelik kenapa cucuk darah tak dapat-dapat, pesakit tu tunjuk sendiri "doktor kat highway ni bole guna kot". Pelik mcm mana dia tau which vessel yang ok lagi. Bila ditanya balik, memang dia ivdu since teenager, selalu share-share jarum dengan kawan and unsure status of hiv. Kau rasa emo tak?

Buatnya kena needle prick mati aku nk menjawab dengan infection control kak Remmyosnila Abdullah kenapa tak pakai glove masuk branula haha.

Kat medical ward dulu ada one young male patient, anemia, receive frequent blood transfusion. And then newly diagnosed ada hiv. Ok terus otak fikir mesti source dari blood transfusion. Sekali bila ditanya, patient kerap melakukan hubungan sejenis malah bertukar-tukar pasangan. And recently baru balik dari Thailand attend wild party kat sana. 

Seriously the culprit is not the blood transfusion but the culprit is himself.

Ibu bapa yang tak vaksin anak ni kadang-kadang takut nak datang hospital sebab takut doktor marah. So bila terpaksa, dia orang akan cakap dah vaksin. Skali check dengan nurse home visit kat kk, memang tak pernah vaksin. 

Why tipu?

Young male patient, dengue fever day 4, hematocrit 50. Bibir hitam,bila ditanya merokok ke tak, dia cakap merokok sikit-sikit je.2-3 batang je sehari. Tu pun dah lama tak hisap, dah stop dah katanya. Then member dia kat sebelah senyum sinis and tolong kantoikan. "Haha doktor jangan percaya kat dia ni. Hisap rokok kuat ni. Nak dekat 2 kotak sehari. Tadi pun sementara tunggu giliran kat luar dia hisap jugak". Then pesakit tu sengih-sengih macam kerang busuk menampakkan gigi yang kuning. 

Kau tau tak merokok tu buat penyakit denggi kau bertambah bahaya?

Female teenager datang sakit perut. Sekali pregnancy test positive and scan dah nampak bentuk baby sikit-sikit. Tapi dia cakap dia tak pernah tidur dengan lelaki. 

So dalam perut tu apa? Annabelle?

Eh panjangnya aku tulis. Korang bukan baca pun. Kesimpulannya tolong la jujur kalau staff kesihatan tanya sebab different answer leads to different diagnosis. And different diagnosis leads to different treatment. Thank u.

P/s : Itu belum lagi dengan patient keep changing history. Depan aku cakap lain, dengan mo/specialist cakap lain. Huh!

Sumber - Khairi Malik
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "