Seorang pesara kerajaan merayu agar ada yang sudi mengubati sakitnya dan membantu mengemas rumahnya.
Zaidah Mansor, seorang warga emas berusia 67 tahun kini hidup dalam longgokan sampah di rumahnya sendiri, kali terakhir dikemas 7 tahun lalu.
Dia tinggal sebatang kara di rumahnya di Ampang selepas bercerai dengan suaminya 17 tahun lalu. Dalam temmpoh itu juga, dia menghidapi penyakit bengkak kaki yang memerlukan rawatan.
Jika dilihat keadaan rumahnya, terutama ruang tamu yang penuh dengan timbunan sampah, tiada siapa pun menyangka akan ada orang yang menetap di situ, malah hanya ada laluan yang "muat-muat badan" sahaja untuk pergerakannya setiap hari.
Kata Zaidah, dia bukannya tidak mahu mengemas rumah, tetapi masalah kesihatan yang dialami membataskan pergerakkanya sehingga dia sendiri akhirnya terpaksa hidup di atas timbunan plastik, kertas dan perkakas rumah.
“Sejak tinggal sendiri, saya sering sakit dan ada masanya langsung tidak boleh bergerak.
“Lama kelamaan, rumah saya jadi seperti kawasan pelupusan sampah dan saya sudah tidak mampu untuk membuangnya. Saya pula sakit, jadi saya biarkanlah,” katanya lagi.
Sumber : myMetro