Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penyanyi Lagu Dan Sebenarnya, Yuna, Ikat Tali Pertunangan Dengan Adam Sinclair

5 Ogo 2017
4 ulasan

KUALA LUMPUR: Majlis pertunangan penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna dengan Adam Sinclair telah dilangsungkan di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor, petang ini.

Menurut penyanyi lagu Dan Sebenarnya, perkenalan dengan Adam yang juga adik kepada pelakon dan pengacara, Ashraf Sinclair, adalah di lokasi penggambaran sebuah iklan televisyen pada awal tahun 2013, tulis Berita Harian.

Hubungan pasangan itu yang bermula sebagai kawan biasa, semakin rapat sejak akhir tahun 2015 dan mula serius merancang masa depan bersama.

Terdahulu, upacara merisik berlangsung pada 27 Mac lalu.

"Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman karib berjalan lancar. Kami sekeluarga juga gembira dapat bertemu dan bermesra dengan ahli keluarga bakal suami.

"Terima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaan kami. Berkat doa mereka, kami bertunang hari ini," katanya dalam kenyataan rasmi kepada media.

Penyanyi yang memiliki nama lengkap, Yunalis Mat Zara'ai itu bersyukur dipertemukan dengan jejaka yang penyayang dan baik hati seperti Adam.

"Ini adalah momen manis dalam hidup saya, malah menjadi langkah pertama untuk kami bersama. Saya bersyukur dipertemukan dengan jejaka yang penyayang dan baik hati. Percaturan Allah itu sangat indah.

"Sepanjang perkenalan, Adam mewarnai hidup saya dan sentiasa membuat saya tersenyum dan ketawa. Saya gembira kerana bakal menjadi isterinya nanti, insya-Allah," katanya yang cantik dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat


Berkenaan tarikh perkahwinan, pasangan itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenainya. Sebelum ini, mereka pernah dilaporkan bertunang tetapi perkara itu dinafikan Yuna.

Simbolik gambar dimuat naik penyanyi itu yang duduk di pelamin ketika zaman kanak-kanaknya, semalam bagaikan memberi gambaran dirinya akan ke fasa baharu kehidupan apabila menjalin pertunangan hari ini.

Sumber: Berita Harian

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | AJOQQ | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! | Kesempatan Menang Lebih Besar| pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "