Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gunakan Minyak Masak Berulang Kali , Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan

5 Ogo 2017
5 ulasan

Kalau terbayang makanan bergoreng seperti ayam goreng, pisang goreng, keropok lekor memang sangat memikat selera. Apatah lagi kalau dimakan ketika masih panas dan teksturnya rangup. Bagaimanapun, terdapat segelintir peniaga di negara ini yang gemar menggunakan minyak yang sama berulang-ulang kali bagi menjimatkan kos.

Namun begitu, kita perlu mengetahui bahawa penggunaan minyak masak berulang kali boleh membahayakan kesihatan kerana minyak masak yang dipanaskan pada suhu tinggi akan memberi tindak balas kimia yang menghasilkan jenis produk yang mengubah fizikal dan menjejaskan kualiti minyak. Terdapat perubahan warna dan rasa yang terjadi kepada minyak tersebut setelah digunakan beberapa kali.

Minyak masak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu. Asid lemak ini akan mengalami pengoksidaan yang menghasilkan radikal bebas sekiranya pada suhu tinggi. Radikal bebas sering dikaitkan dengan penyakit barah, penyakit kardiovaskular dan penyakit neurodegeneratif seperti dementia.

Minyak masak juga sebenarnya mengandungi vitamin E yang tinggi tetapi apabila sering dipanaskan, kandungi vitamin akan semakin berkurang sedikit demi sedikit. Jadi, minyak tersebut sudah kehilangan nutrien yang diperlukan dan pengambilan minyak tersebut tidak membawa apa-apa kesan baik sebaliknya akan memberikan kesan toksik kepada kesihatan.

Satu kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan minyak sawit yang telah dipakai sebanyak lima hingga sepuluh kali boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kerosakan tisu pada jantung.
Selain itu pembentukan lesi aterosklerosis juga boleh berlaku dimana aterosklerosis adalah pembentukan lemak di dalam salur darah arteri yang menghalang pengaliran darah ke seluruh badan dan boleh mengakibatkan serangan jantung, strok dan seterusnya membawa maut.

Minyak masak ini sering kali digunakan berulang kali oleh peniaga-peniaga pasar malam seperti di sekitar Kuala Lumpur. Hal ini kerana satu kajian telah dijalankan bagi mengetahui amalan dan tahap kesedaran kesihatan peniaga-peniaga makanan bergoreng di sekitar Kuala Lumpur. Hasilnya mendapati bahawa majoriti dari mereka menggunakan minyak masak berulang kali bagi menjimatkan kos.

Tetapi amat mengejutkan apabila sampel minyak diambil dan dikaji membuktikan aras peroksida minyak tersebut adalah sangat tinggi dan melebihi aras yang ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Minyak tersebut sebenarnya harus dibuang dan tidak boleh digunakan lagi dalam masakan kerana boleh memudaratkan kesihatan pembeli makanan tersebut.

Meskipun kita ingin berjimat dengan keadaan ekonomi sekarang, kesihatan perlu diutamakan kerana menggunapakai minyak masak yang telah digunakan berulang kali mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding manfaat.

Sumber- The Malaysian Medical Gazette
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di AJOQQ
    Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 15 rb

    BalasPadam
  5. dulu selalu ulang kali guna minyak, sejak kolesterol naik dah tak buat mcmtu lagi

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "