Penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu Tergendala, Afifah Nasir Hilangkan Diri
Artis Aliff Aziz meminta aktres Afifah Nasir untuk bersikap profesional meneruskan penggambaran drama yang dibintangi mereka berdua yang terpaksa ditangguh gara-gara dia ditahan polis.
Aliff, 26, menjelaskan, penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu hanya berbaki lima hari sahaja lagi tetapi tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan Afifah.
"Saya minta maaf kepada pihak produksi yang terjejas dengan isu ini. Selepas saya keluar dari lokap keesokan harinya (Sabtu) saya terus ke lokasi penggambaran kerana tak mahu menyusahkan mereka," ujarnya
Penyanyi dan pelakon berasal dari Singapura ini juga dimintaa untuk mengulas lebih lanjut mengenai drama lakonannya selepas dia terpalit dengan isu 'kantoi' dengan Nur Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke, Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.
Menurut Aliff, pihak produksi memaklumkan Afifah menghadapi masalah kesihatan dan akan datang ke lokasi keesokan harinya namun tetap juga tidak memunculkan diri.
"Saya harap sangat Afifah bersikap profesional dan habiskan penggambaran ini, kasihan pada pihak produksi yang akan menanggung kerugian," akhirnya.
Sumber- mStar Online
Main b0l4 dari fansbetting yuk (5ee80afe)
BalasPadamAda juga pilihan game lainnya :D