Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu Tergendala, Afifah Nasir Hilangkan Diri

2 Ogo 2017
One Comment

Artis Aliff Aziz meminta aktres Afifah Nasir untuk bersikap profesional meneruskan penggambaran drama yang dibintangi mereka berdua yang terpaksa ditangguh gara-gara dia ditahan polis.

Aliff, 26, menjelaskan, penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu hanya berbaki lima hari sahaja lagi tetapi tidak  dapat diteruskan kerana ketiadaan  Afifah.

"Saya minta maaf kepada pihak produksi yang terjejas dengan isu ini. Selepas saya keluar dari lokap keesokan harinya (Sabtu) saya terus ke lokasi penggambaran kerana tak mahu menyusahkan mereka," ujarnya

Penyanyi dan pelakon berasal dari Singapura ini juga dimintaa untuk mengulas lebih lanjut mengenai drama lakonannya selepas dia terpalit dengan isu 'kantoi' dengan Nur Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke, Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Menurut Aliff, pihak produksi memaklumkan Afifah menghadapi masalah kesihatan dan akan datang ke lokasi keesokan harinya namun tetap juga tidak memunculkan diri.

"Saya harap sangat Afifah bersikap profesional dan habiskan penggambaran ini, kasihan pada pihak produksi yang akan menanggung kerugian," akhirnya.

Sumber-  mStar Online




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Main b0l4 dari fansbetting yuk (5ee80afe)
    Ada juga pilihan game lainnya :D

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "