Umum juga sudah sedia maklum, jenayah boleh berlaku pada siap sahaja, namun, kaum wanita lebih mudah untuk dijadikan manga, atas faktor fizikal dan tenaga. Oleh sebab inilah, kaum wanita seharusnya lebih berjaga-jaga, dan sentiasa berwaspada dengan persekitaran.
Bagi membantu kaum wanita untuk mempertahankan diri, admin ingin kongsikan, penulisan yang ditulis oleh seorang bekas wartawan jenayah, iaitu saudara Syahril A. Kadir, akan cara yang boleh digunakan bagi melindungi diri dikala diserang. Jom kita baca pengisiannya.
Sepanjang abam jadi wartawan jenayah, JARANG sangat abam dengar kaum wanita kat Malaysia ini guna/ menyimpan penyembur lada atau pepper spray dalam beg tangan mereka sedangkan di negara maju, ia sering dibawa oleh kaum Hawa mereka sebagai alat mempertahankan diri.
Ada seorang pegawai polis tu yg abam interview pernah bagitahu, dia hairan kenapa payah sangat kaum wanita kat negara kita ni nak beli alat yang boleh bantu mereka ketika kecemasan itu. Come on, janganlah guna alasan susah nak cari sebab sekarang dah banyak alat ini dijual di pasaran, kat Guardian ngan Watson pun abam pernah tengok ada jual. Di dalam online jangan ceritalah, bersepah!
Alat ini bukan mahal sangat pun...ada yang tak sampai RM50. Dalam pada anda dok sumbat segala jenis mak nenek 'aksesori' dalam beg tangan korang tu termasuk segala jenis resit itu ini, apalah salahnya SELITKAN juga pepper spray ni.
Sayang kak long, di saat kita sanggup berhabis-habisan beli perfume yang harga beratus ringgit tu, kita abaikan pepper spray ini. Tak kena tak apa, kalau kena, baru nyesal.
Abam wartawan ada siasat tak yang pepper spray termasuk senjata berbahya. Kena daftar sebagai pengguna. Yg abam polis tau juga tak tentang akta penggunaan penyembur lada.
BalasPadam