Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jika Brek Kereta Beri Tanda-Tanda Seperti Ini, Ia Bermaksud Sudah Tiba Masanya Untuk Diganti Dengan Yang Baru

10 Ogo 2017
2 ulasan
Foto: yourmechanic

Bagi yang ada kereta, selalunya akan menjadi isu untuk tengok keadaan kereta, sama ada okay atau tidak, yang mana kadang-kadang terlepas pandang sebab kekangan masa.

Begitu juga dengan keadaan brek kereta, salah satu aspek penting pada kereta yang tidak harus dipandang enteng, mana tak nya, kalau dibiarkan tidak diservis, pasti akan sebabkan kemalangan.

Tetapi, bagaimana pula nak tahu bila masanya brek tersebut perlu ditukar?

Bagi mereka yang memandu di kawasan bandar yang sesak, pada kadar 13 ribu kilometer setahun, anda perlu menukar brek pad dengan lebih kerap berbanding mereka yang memandu 45 ribu kilometer setahun, tetapi di kawasan luar bandar. Ini kerana, anda menggunakan brek yang lebih jika memandu di kawasan bandar, berbanding luar bandar.

Namun begitu, tidak ada masa yang spesifik bila masa untuk ganti brek pad, jadi ianya bergantung pada deria pendengaran dan nasihat dari juruteknik automatif yang berpengalaman.

Kebanyakan kereta perlu menukar kedudukan tayar setiap enam bulan, dan pada masa itu jugalah amat sesuai untuk memeriksa keadaan brek. Selalunya pihak mekanik boleh tengokkan keadaan ketebalan brek pad.

BACA: Baru Berjinak-Jinak Dengan Kereta, Ini 3 Perkara Asas Mengenai Penjagaan Tayar Yang Harus Anda Tahu

Banyak kereta dibuat dengan adanya sensor pengikis yang melawan brek pad, untuk memberitahu bila ‘lining’ perlu diganti. Anda akan dengar bunyi yang menjengkelkan apabila menggunakan brek (atau pada beberapa kenderaan lain, apabila brek dilepaskan).

Foto: wikihow
Bunyi yang dikeluarkan

Tidak semua kereta dibina dengan adanya sensor tersebut, jadi anda harus tahu kenderaan anda, dan peka dengan bunyi yang didengar, seperti bunyi bergesel (petanda brek pad dah menipis).

Ada bunyi yang dikeluarkan boleh hilang dengan membuat pembersihan pada kawasan brek, tapi jika brek tersebut selalu didengar dengan lebih kerap, ia menandakan ada nahagian yang rosak.


Perlu ditekan dengan lebih kuat

Tanda lain yang boleh dilihat adalah apabila pedal brek ditekan, jarak kenderaan berhenti, atau bila menekan brek kaki, ia perlu ditekan dengan lebih dalam, sehingga mencecah lantai.

Disebabkan ‘brake linings’ digunakan secara beransur-ansur, anda mungkin tidak perasan akan perubahan yang ada, jadi mekanik yang berpengalaman boleh membantu.


Lampu peringatan

Kereta mempunyai lampu peringatan brek yang menyala dalam beberapa saat ketika enjin dihidupkan. Sekiranya lampu itu menyala ketika sedang memandu, ia mungkin bermakna bendalir pada brek rendah disebabkan kebocoran atau masalah dengan silinder brek. Harus diingat, lampu ini bukanlah nyalaan yang sama dengan brek tangan atau brek kaki.

Semua kereta dan kenderaan ringan mempunyai brek cakera depan. Ada juga yang mempunyai pada bahagian belakang.

Bila kereta ada brek cakera, hanya perlu digantikan brek pad dan menghidupkan kembali rotor pada alat pelarik jika perlu, supaya permukaan lebih lancar.

Foto: wikihow

Namun, kini banyak pengeluar kereta telah gunakan rotor yang lebih ringan dan nipis untuk kurangkan berat kenderaan dan jimatkan wang.

Dulu brek cakera boleh bertahan sehinga dua ke tiga kali ‘resurfacings’, tapi, jangan terkejut kalau pad perlu ditukar, anda juga harus gantikan rotor yang baru. Mungkin banyak bengkel yang tidak mahu lagu buat ‘resurfacing’ kerana makan masa, lebih mudah sekiranya hanya gantikan rotor dan pad yang baru.

Ambil perhatian dengan bunyi-bunyian yang dikeluarkan oleh kenderaan, lebih-lebih lagi bahagian brek yang kerap digunakan. Jika perlu diganti atau ditukar, pastikan lakukannya supaya pemanduan lebih selamat. – Siakap Keli

Sumber: cars.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. Maintaining your vehicle is crucial, often overlooked due to time constraints. However, the condition of your car's brakes is an aspect that must never be taken lightly. Neglecting brake servicing can lead to disastrous consequences on the road.
    For manufacturers car auction uae now use lighter and thinner rotors to reduce weight and save money. Previously, disc brakes could withstand resurfacing a few times, but today's trend leans toward pad and rotor replacements for efficiency.
    MotorMazad

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "