Selepas Anabelle, Tular Pula Gambar Rakaman CCTV Dakwa Lembaga Putih Berbungkus Muncul Di Stesen MRT
Semalam kita disajikan dengan kisah patung Anabelle yang telah 'muncul' di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) sebagai penjaga stesen berkenaan.
Ia kononnya muncul sebagai penjaga dan peringatan kepada pengguna MRT agar tidak 'buat hal' seperti telah berlaku sebelum ini di mana baru beberapa hari beroperasi MRT telah menjadi mangsa vandalism selain beberapa kes penumpang melakukan perkara tidak sepatutnya di dalam MRT.
BACA: Awas, Ada Patung Anabelle 'Jaga' LRT, MRT & Monorel - 'Amaran' Rapid KL
Itu semalam, patung Anabelle memang sengaja diletakkan oleh pihak Rapid KL sendiri, tetapi terbaru tular pula beberapa keping gambar yang mendakwa kelibat lembaga berwarna putih berbungkus didakwa pocong telah muncul di Stesen MRT Cheras.
Gambar kelibat pocong itu dikatakan telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kini tular Facebook, Twitter dan beberapa group aplikasi Whatsapp.
Kerana gambar itu ada di kalangan netizen melahirkan rasa gerun untuk menggunakan perkhidmatan tren itu pada waktu malam bimbang terserempak atau diganggu lembaga itu.
Berdasarkan maklumat yang tersebar, imej itu telah disedari oleh anggota keselamatan yang bertugas di bilik kawalan namun tidak dinyatakan bila kejadian itu berlaku.
Apapun, gambar tular itu tidak dapat dipastikan kesahihannya selain tarikh dan dan lokasi sebenar belum berjaya dibuktikan.
Ada netizen menyatakan, gambar itu mungkin telah disunting atau telah diedit menggunakan aplikasi telefon dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menakutkan orang ramai.
Ini kerana hasil pemerhatian kami, ternyata corak lantainya berbeza antara corak lantai di stesen MRT dengan di dalam gambar tular dan gambar di dalam gambar sama dengan gambar di bawah.
- Siakapkeli.my
Sumber: Malaysia Gazette
Main b0l4 dari fansbetting yuk (5ee80afe)
BalasPadamAda juga pilihan game lainnya :D