Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Kelantan Sahkan Pemandu Van Tidak Mempunyai Lesen

4 Jun 2017

KOTA BHARU, 4 Jun - Polis Kelantan hari ini mengesahkan bahawa pemandu van yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan nyawa tujuh pelajar Tahfiz di Kuala Krai baru-baru ini tidak mempunyai lesen.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad, pada awalnya terdapat percanggahan mengenai status pemandu van itu kerana pengurusan maahad berkenaan memberitahu pemandu memiliki lesen tetapi siasatan lanjut mendapati seorang guru pengiring menjadi pemandu gantian.

"Pada hari kejadian, pemandu yang sepatutnya melakukan tugas tersebut telah mengambil cuti dan digantikan dengan pemandu lain (guru pengiring).

Siasatan masih dijalankan kerana kemungkinan ada unsur kecuaian manusia kerana ada saksi memberitahu van yang terbabit kemalangan itu cuba memotong sebuah kenderaan lain dan jika benar, ia pasti dipandu dalam kelajuan tinggi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Din juga berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Sumber: Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "