Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gelagatnya Memandu Secara Merbahaya Tular, Pemandu Myvi Hijau Tampil Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan Tindakannya

9 Ogo 2017
2 ulasan

Sejak beberapa hari lalu tular di laman sosial sebuah video yang menunjukkan sikap samseng seorang pemandu sebuah kereta Produa Myvi berwarna hijau yang cuba mencetuskan provokasi di atas jalan di sekitar Suabang Jaya.

Sebelum kejadian berlaku, pemandu Myvi berkenaan dilihat mencelah kiri kana jalan sebelum memotong barisan dan menukar lorong secara tiba-tiba menyebabkan mangsa membunyikan hon, dia bagaimanapun tidak berpuas hati kerana 'menegur' tindakannya itu.

Myvi berkenaan dilihat mengekori kereta mangsa sebelum bertindak memotong dan membrek beberapa kali di depan kereta mangsa secara tiba-tiba.

Melihat keadaan itu mangsa cuba mengubah lorong namun keadaan tidak terhenti di situ, apabila Myvi itu dipandu secara berbahaya itu mengikutinya dan berhenti di hadapan kereta mangsa.

Keadaan akhirnya reda sebelum ada seorang lelaki muncul seorang lelaki, memarahinya.

Selepas video berkenaan tulas di media sosial, pemandu Myvi tersebut telah menghubungi mangsa dan memohon maaf, beliau tidak berniat mengganggu mangsa, beliau juga mengaku gagal mengawal kemarahan kerana penat dan tidak cukup tidur.

Beliau juga sedia menerima sebarang tindakan daripada pihak berkuasa akibat daripada perbuatanya itu jika ada.

Berikut adalah perbualan beliau memohon maaf kepada mangsa (gambar tidak terlalu jelas)







Menurut beliau, ketika berada di lorong kiri, dia cuba untuk menukar ke lorong kanan balik tetapi tiada ruang menyebabkan dia membuat keputusan memotong barisan menyebabkan dia di hon oleh pemandu.

"Jika hon sekali sudah cukup, tetapi dia bunyikan hon hampir tiga saat tanpa henti buatkan saya ikut dia untuk minta penjelasan."

"Saya tiada niat sama sekali untuk sakitkan atau pukul dia,saya tahu ia salah dari segi undang-undang, tetapi kesalahan saya adalah tidak dapat kawal kemarahan ketika itu."

"Saya ingin memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi," tulis beliau.

Kerana video itu, telah menyebabkan bapanya menerima tempias yang besar kerana nombor pendaftaran kereta berkenaan didaftarkan atas nama bapanya.

Apapun, semoga apa yang terjadi ini satu pengajaran kepada mereka diluar sana agar menjaga tingkah laku diatas jalan raya. - Siakapkeli.my

Sumber: Malaysian Update
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

  1. Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di AJOQQ
    Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 15 rb

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "