Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bahan & Langkah-Langkah Nak Buat Mee Sendiri, Tak Ada Mesin Pun Masih Boleh Buat

9 Ogo 2017
2 ulasan

Teringat dulu masa raya, cadangnya nak buat mee untuk tetamu, tapi bila pergi pasaraya, tak ada pula mee, semua dah habis diborong oleh orang lain, jadi melepas dah nak masak mee untuk tetamu, terkilan jugaklah.

Bukan apa, kalau mee kuning ini, mudah sedikit, sebab dah tak payah susah-susah nak rendam macam bihun. Lagi pun ramai juga yang suka makan mee kuning, puas katanya.

Tengok-tengok ada ternampak orang buat mee kuning dekat page, Masak Apa Hari Ini, tak sangka boleh juga ya buat mee ni, buat sendiri je, tak ada dah lah nak risau habis mee dekat pasaraya, boleh buat sendiri.

Macam yang Pn Fahrini MarsyaLey buat ni, walaupun tak cukup barang macam mesin buat mee, pisau kan ada, kita boleh ‘improvise’ ikut apa yang ada, janji rupa dan bentuk ada, anak-anak pun lagi suka sebab air tangan ibunya sendiri.

Jom kita tengok sikit macam mana nak buatnya.

Resepi Homemade Mee Emergency 

Mee Emergency ni di buat kemarin, sebab nak makan sangat.. gara-gara tak ada mee langsung di rumah dan malas keluar pekan.. so tanya En Google la resipinya.. semua bahan ada kat dapur.. apalagi beraksi la.. walaupun benda penting tak ada. Mesin Buat Mee...

Jadi dapat idea dari langit.. canai doh pakai kayu pencanai, potong halus-halus pakai pisau, rebus dan tadaaa siap mee goreng cik kak..licin mee goreng tu..mee ala-ala kue teaw,, sedap pula, 1 family suka.. paling best buatan sendiri.. pewarna guna kunyit je...

Resepi & Langkah-langkah Nak Buat

Allhamdulillah... maaf baru sempat reply.. ini resipi yang saya dapat dari sumber google dan adunan ni boleh guna makan untuk hidangan 2-4 org..

a. 250 gm TEPUNG GANDUM
b. secubit GARAM
c. 1 biji TELUR AYAM
d. 50 ML AIR (tapi saya lebihkan sedikit sukatan supaya doh dapat di uli dengan baik... )
e. 1 sudu teh SERBUK KUNYIT


Langkah-langkah

a. Gaul semua bahan, sampai jadi doh... dan tak melekat di tangan...
b. Potong doh jadi 4-5 bahagian
c. Canai satu-satu dan nipis...
d. Potong guna pisau ..


Pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mee ke dalam air. Rebus dalam jangka masa seminit dua, jangan terlalu lama, nanti mee jadi lembik.

Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah air paip sejuk, supaya memberhentikan mee dari masak telebih...


Buat la berulang-ulang sampai doh tadi habis...

Sediakan bahan nak goreng mee tu, bawang, ayam, telur, sawi, dan apa-apa la yang cik,kak,puan nak...

Sedia untuk di hidangkan.

Tq sahabat semua.. Alhamdulillah dapat share ilmu baru dapat kemarin...


Bagi yang ada mesin mee lagi senang... masuk je dalam mesin...memang cantik kejadiannya...saya tak ada mesinnya.. tu la cari idea ni..hehe... alhamdulillah menjadi...

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini

    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) | pin bb : 58cd29

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "