"Dia Seperti Cari Publisiti Murahan," Adira Dah Tawar Hati Ambil Tahu Kontroversi Suami Dan Pelakon Wanita N
Berikutan kontroversi yang berlaku melibatkan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon wanita N, isteri keduanya Adira memilih untuk tidak mengendahkan kontroversi ini dia berasa, perkara sebegini sering berlaku.
Menurut penyanyi ini, dia enggan mempedulikan gosip sebegini kerana ingin lebih fokus membesarkan cahaya matanya yang kini berusia enam bulan.
"Sejujurnya, saya sendiri sudah keliru dengan skandal yang membabitkan suami saya. Malah, saya mengetahui mengenai kontroversi (terbaru) ini pun apabila menerima panggilan bertalu-talu daripada pihak wartawan sendiri.
"Anggap saja isu yang timbul ini sekadar perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan kerana pada saya, dia seperti ingin meraih publisiti murahan. Jika diikutkan, manusia mana yang dengan mudah membuka aib sendiri?
"Oleh itu, saya memilih untuk tidak ambil pusing kontroversi yang timbul ini. Sebaliknya, saya berhasrat untuk menjaga dan membesarkan anak perempuan saya saja," kata Adira kepada BH Online.
Jelas Adira, dia seakan-akan tawar hati untuk mengambil sebarang tindakan berkenaan isu ini kerana publisiti murahan mengenai suaminya sudah acap kali berlaku.
Sebelum ini Datuk Red juga pernah dikaitkan dengan pelakon, Ruhainies selepas videonya merangkul pelakon tersebut tersebar di media sosial.
Sumber- Berita Harian Online
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
join yuk guys di areatoto.com
BalasPadamada sportbook togel casino sabung ayam
minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo