Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Kerosakan Teruk Akibat Aktiviti Penerokaan, Bukit Broga Ditutup 3 Bulan Untuk Semua Aktiviti

19 Ogo 2017
2 ulasan

HULU LANGAT - Bermula semalam (18 Ogos), kerajaan Selangor menutup sementara, iaitu selama tiga bulan, bagi semua aktiviti rekreasi dan pelancongan di Bukit Broga, Semenyih, lapor Utusan.

Penutupan itu bertujuan untuk kerja-kerja mitigasi dan pemulihan tanah oleh pihak Jabatan Kerja Raya, ekoran aktiviti penerokaan di atas tanah kerajaan negeri itu, seluas kira-kira 57 hektar.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Elizabeth Wong berkata, langkah penutupan itu perlu bagi memastikan keselamatan pengunjung yang mendaki dan berekreasi di Bukit Broga.

"Ia juga bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku akibat daripada penerokaan tanah berkenaan", katanya dalam sidang akhbar di Bukit Broga.

Menurut Elizabeth, keputusan penutupan itu hasil daripada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam, selain bersetuju supaya Bukit Broga diwartakan sebagai kawasan rekreasi di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pengawal dan diselenggara pihak Majlis Perbandaran Kajang. - Siakap Keli

Sumber: Utusan

Gambar dan Video broga ditarah.


















Kredit gambar: ‎Zain Kbs



 






Kredit gambar: Gagasan Prihatin Semenyih - GPS
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "