Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Tahun Berperang Dengan Azab Disantau/Sihir, Wanita Ini Kongsi Amalan Yang Dilakukan Untuk Ubati Dirinya

19 Ogo 2017
2 ulasan
Gambar hiasan

Rambut sama hitam, hati lain-lain, ini ayat yang kita selalu dengar bila mana ada yang buat sesuatu yang tidak baik buat diri kita, lebih-lebih lagi sekiranya ia sehingga mndatangkan kesan buruk buat kita.

Kita juga banyak dengar akan kisah disihir orang yang mana kesannya boleh membawa maut, dan pastinya akan membuatkan diri merana.

Dari segi rawatan pula, sudah pasti cara terbaik adalah dengan mendapatakn rawatan Islam di mana sihir ini adalah perbuatan makhluk halus, dan dengan cara yang betul serta amalan bacaan surah-surah, ia sedikit sebanyak boleh membuang santau/sihir/gangguan yang dialami.

Bagi seorang wanita Anyss Azemi yang mana mengalami sendiri kesan disantau, dengan rawatan dan amalan yang dilakukannya berdasarkan pengalaman sendiri, ia membantu dirinya untuk kembali sembuh.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Gambar hiasan

TIPS SEMBUHKAN DIRI DARI SIHIR/SANTAU/GANGGUAN

Saya dapat petua ni setelah 4 tahun saya berperang dengan sihir dan santau, puas berubat. Duit dah beribu-ribu habis untuk berubat. Dari yang bayar ikut ikhlas sampailah yang mintak bayaran beribu.

Saya share tips ni sebab nanti mungkin ada yang berguna pada siapa-siapa. Azab sihir dan santau ni orang yang kena je tahu betapa sakitnya. Saya dah banyak tempat pergi berubat sebelum ni tapi rata-rata ustaz atau ustazah kata benda ni akan datang balik. Kira tak dapat sembuh sepenuhnya.

Sebelum ni dapat sembuh dalam 70% sahaja.

Tapi selepas saya amalkan petua-tua ni, alhamdulilah sekarang dah sembuh 95% tinggal saki baki je lagi nak kasi buang lepas ni. Syukur kepada Allah saya dapat buang santau dalam tubuh saya selepas amalkan semua ni,saya sendiri tak sangka benda tu keluar.

Saya dapat tips ini dari seorang ustaz katanya ubat diri sendiri kalau berubat dengan perawat tapi tak sembuh.

1. Sembahyang taubat nasuha

Mohon Allah ampunkan segala dosa-dosa lalu dulu dan Sembahyang 5waktu jangan tinggal,selepas sembahyang doa dan luahkan kepada Allah segala kesakitan. Mohon Allah sembuhkan segala penyakit.

2. Mandi daun bidara & limau purut

Mandi dengan daun bidara dan buah limau purut setiap hari selama 12hari. Limau tu gosok pada seluruh badan dan kepala . (masa mandi selawat dan doa kepada Allah buangkan sihir atau segala penyakit dalam badan)

3. Air kelapa, serai, biji halba

Minun air kelapa yang dibakar bersama serai dan biji halba. Minum berturut selama 12hari. (Sebelum minum selawat dan doa agar Allah air kelapa tu jadi ubat)

4. Bacaan ruqyah

Amalkan baca ruqyah dan ayat muntahkan penyakit dari Ustaz Sharhan Safie. Bergantung kepada Allah 100% . Percaya kepada diri sendiri mampu mengubatkan diri sendiri. 

Kena yakin kalu tak yakin tak jadi . Saya baca hari pertama benda tu keluar dari badan saya,saya sendiri terkejut,gambar santau yang di hantar dekat saya tu,saya hanya kongsikan dengan family saya,ustaz dan ustazah saya sahaja.

Ini link video ruqyah dan ayat-ayat yang saya amalkan.

5. Mengadu pada Allah s.w.t

Mengadu pada Allah, menangislah pada Allah dan selalu berdoa agar Allah buang segala penyakit dalam badan setiap hari.

6. Kuatkan diri

Kalu sakit, lawan dan percaya kita lebih kuat dari benda tu. Saya sakit sampai menangis tak keluar suara, lebih sakit dari sakit beranak.huhuhu. Tapi saya tetap lawan sebab saya ada Allah.

7. Ikhtiar

Ikhtiar, jangan hanya berserah kepada Allah semata-mata tanpa usaha. Amalkan sifat tawakkal.

Semoga kita semua dijauhkan dan sembuh dari penyakit sihir dan santau.

Share agar berguna kepada yang lain. Bagi yang ada tanda-tanda gangguan boleh cuba try cara ni.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "