Beberapa hari lepas, Malaysia mencatat sejarahnya tersendiri apabila berjaya melancarkan Mass Rapid Transit (MRT) dan sebagai rakyat negara ini, ia merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kemudahan itu boleh diklasifikasikan sebagai kemudahan dunia kelas pertama.
Namun, ada juga segelintir pihak yang tidak reti untuk menjaga kemudahan baru itu.
Tidak sampai seminggu MRT dilancarkan, kemudahan tersebut sudah menjadi mangsa vandalisme.
Perkara itu didedahkan oleh pengguna Facebook Najmuddin Abdullah yang juga Pengarah Strategik Komunikasi dan Pihak Berkepentingan MRT Corp dengan berkata beliau sangat kecewa apabila kemudahan itu menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut Najmuddin, dia melihat banyak kesan calar di dinding dan juga tempat duduk MRT, selain tandas juga turut mengalami kerosakan.
Malah, dia turut melihat batang penyapu dan lampu 'spotlight' di atas bumbung berdekatan pintu keluar Bukit Bintang.
"Kita memberikan kemudahan kelas pertama tetapi jika masyarakat tidak bersedia untuk menerimanya dengan mentaliti kelas pertama, kita akan kehabisan bayak wang dan masa untuk melakukan kerja penyelenggaraan." tulis Najmuddin.
Dalam pada itu, Astro Awani juga turut mendedahkan beberapa foto yang memaparkan kemudahan MRT menjadi mangsa.
"Kerusi ditoreh, dinding dicalar: Tak sampai 150 jam beroperasi, stesen MRT diancam vandalisme." tulis portal terbabit di Twitter.
#AWANInews #HariIni8 Kerusi ditoreh, dinding dicalar: Tak sampai 150 jam beroperasi, stesen MRT diancam vandalisme https://t.co/zvodj6Qk38 pic.twitter.com/qpDBOyJ7NP— Astro AWANI (@501Awani) July 23, 2017
Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
BalasPadamIni pin bbmnya 5ee80afe :D
proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0
BalasPadam