Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kemana Anak Ibu 'Pergi' 20 Minit?'', Bayinya Tiba-Tiba Senyap Tidak Bernafas Dan Muka Bertukar Jadi Biru

11 Jul 2017
3 ulasan

Hati ibu dan ayah mana yang tidak sedih apabila anak yang disayangi tiba-tiba sakit atau lebih memilukan ia pergi untuk selamanya.

Saat indah dilalui seolah-olah hilang atau lenyap dalam sekelip mata, tapi semua itu berlaku adalah dengan kehendakNya, DIA ingin melihat betapa kuat hambaNya itu.

Namun bagi seorang ibu bernama Wiwie Darvienda Mazweena, sesuatu kejaiban berlaku kepadanya, dia tidak menyangka bayi tiba-tiba senyap tidak bernyawa, muka biru seolah-olah telah pergi untuk selamanya, namun satu keajaiban berlaku, anaknya yang tidak bernyawa 20 minit telah kembali bernafas, jom baca pengalaman beliau.

Kemana anak mamy pergi selama 20 minit tu?

Hari ni genap setahun Noah Khaleefa Bin Elya Amirul Naem anak hebat mamy dan dady dilahirkan.. tak banyak cerita luar biasa tentang kelahiran kamu. Tapi ada cerita di setiap gambar.




Macam biasalah mamy sakit beranak, layan contraction sambil bebel kat dady, duduk hospital dua mlm baru Noah lahir ceaser sbb tertelan najis dlm perut mamy.




Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan selamat walaupun kamu ditahan NICU sehari, tp syukur bila mamy sedar sepenuhnya dari bius tu kamu dah boleh keluar tmn mamy kat ward biasa. 3hari jugak utk tggu keputusan darah kamu.




Beranak adalah pengalaman yg paling sakit dan menakutkan bagi mamy.. tapi pengalaman itu yg terindah. Barulah mamy dpt rasa dan turut mengkagumi kehebatan ibu2 lain..




masa tu la baru terfikir betapa hebatnya seseorang ibu melahirkan anak ramai dan mungkin ada yg mengalami masalah ketika melahirkan tapi mereka tabah dan cekal. Sungguh hebat.




Berpantang seperti ibu2 lain.. mamy jalani hari2 baru bersama kamu. Kamu sihat walafiat dihujung berpantang, kamu selsema dan batuk.




Tiga hari kamu tak sihat, ketiga-tiga hari tu jugak kami bawa kamu ke klinik. Tp doct cuma bg ubat titis kat hidung utk cairkan kahak.




Hari ke 30 kita berpantang... itulah hari paling menakutkan , perasaan yg lebih takut yg mamy pernah rasa.




Pagi itu mamy bangun mandi dan siapkan kamu. Kamu nampak lemah, pucat dan tak nak menyusu. Risau tapi fikirkan semula nasihat doktor suruh teruskan menyusu bdn, mamy cuma mampu turutkan.




Tengah hari.. ketika Noah masih tidur, dady salinkan lampin Noah. Najis kamu keluar sndiri, dady agak panic dan cuba dukung Noah.

Noah collapse..

dengan tiba2 nafas kamu terhenti, nafas terakhir yg begitu panjang dan berbunyi..muka kamu jadi biru. Tak dengar denyutan jantung, tiada pergerakan menunjukkan kamu bernafas. Tiada respond bila panggil nama kamu. Tiada......



Allahuakhbar Noahh... bdn mamy yg tgh pns terus bertukar sejuk. Sejuk ketakutan , jantung berderau. mamy bergegas ambil buku record kesihatan kamu dan ajak dady bawa kamu ke klinik berdekatan.

Masa berlalu bergitu pantas masa tu. Tapi terlalu lama saat itu bagi kami. Perjalanan rumah ke klinik dpn rumah terasa begitu jauh.

Dady bawa kerete mcm lipas kudung. mamy peluk Noah, Noah longlai rebah dibahu mamy. Mamy urut dada kamu, mamy panggil nama kamu. "Naoh anak kuat mamy, bangun sayangggg.. bangunnn. Mamy kat sini"
Tiada pergerakan...
tiada kata dari mulut kami suami isteri selain istighfar dan memanggil kamu.

Berhenti di klinik bersalin berdekatan, ditolak sbb tak berani amik emergency kes. Kami bergegas ke klinik lain, hanya satu klinik lagi je kami yg kami boleh harapkan utk dptkan bantuan.

Kira2 10 minit kejadian tu semanjak keluar rumah..Syukur berhenti di Klinik Dr Bahiah dan dr terima kes kami.. ditolaknya semua pesakit termasuk yg sedang dirawat semata2 nak bantu Noah.

Dr Bahiah dan suami (juga seorang doct) lalukan segala usaha. Sambil menunggu ambulance, semua kaki tangan memainkan peranan masing2.doct beri bantuan oxygen utk cairkan hingus, cpr dan defibrillator (pam jantung) .. masyallah keadaan itu masih lg terngiang dalam ingatan.

Lepas few minutes, doct pandang mamy bgthu masih tak dpt kesan apa2 denyutan dan nadi. Dady kamu mcm nak muntah hampir pengsan dgr berita itu terus keluar bilik rawatan...
Mamy yg tersandar pd dinding masih terkaku, diam membisu tak melepaskan pandang pd kamu. Tapi jerit hati mamy "bangun sayang!!! Bangun Noah Khaleefa ! " doct yg masih berusaha 'bangunkan' kamu pandang mamy skali lagi dan hanya geleng kepala.

Terdiam..Istighfar dan seru nama Allah yg Maha Berkuasa agar berikan kamu peluang...


SATU perkara mamy bagitahu, INSTINCT IBU itu betul !!! Kamu responded! Tiba2 bernafas! Satu nafas yg panjang seolah kamu rs yg amat lega! Masyallah masa tu lah baru mamy rasa nak pitam! Nak pitam sbb Tuhan dgr rintihan hati mamy! Kamu dah kembali!

Tapi penafasan kamu tak stabil. Ambulance sampai , kamu dikejarkan ke hospital.



Seminggu di ward dgn bantuan penafasan.



Kamu tak boleh tidur disisi mamy mcm selalu.. ya Allah rindu. Masih terasa rindu tu ke hari ni.



Sakitnya mamy tgok kamu mcm ni ..



Hb kamu turun naik.. kejap normal kejap lemah...πŸ˜”




Kamu minum melalui tube..mamy rindu kamu.. rindu bonding antara ibu dan anak ketika kamu menyusu. πŸ˜”





cerita tentang kamu tersebar. Mamy lalui hari2 yg sukar, namun mamy kena tabah walau terkadang hampir berputus asa bila doct kata jgn mengharapkan apa2.




Tapi mamy dady sentiasa menunggu keajaiban.




Tapi mamy dady sentiasa menunggu keajaiban.




Berkat doa kalian.. kamu beri satu senyuman :')




Hari demi hari kamu semakin kuat. Tersenyum mamy adalah kerana kamu sayang.







Kita dah boleh tdo sama2 😚 mamy dah boleh teman kamu tdur. Mamy tidur kat katil noah walaupun kaki terkeluar dari katil πŸ˜…rindduu.




Bila dr dah benarkan kamu bernafas tanpa bantuan pernafasan barulah ada selera mamy nak mkn 😌




Kamu sihat sepenuhnya. Kamu hebat sayang! Kamu anak yg kuat ! Masa tu ramai happy bila mamy upload gambar ni πŸ€— sbb doa mereka yg inginkan kamu sihat termakbul. ❤️Masyallah perihatin sungguh rakyat Malaysia ni syg. Semua syg kamu. Noah semakin kuat dan dapat keluar ward.




Berkat doa kalian juga, Noah hidup sihat sehingga kini.




Oleh kerana itu,kami doakan juga kesejahteraan kalian..di sini, dihadapan Kaabah.❤️




Terima kasih semua. Terima kasih doct Bahiah yg tak putus asa dptkan anak sy semula. Allahu tak terkata ... terima kasih nurse2 dan doct di Hospital Sg Buloh yg sentiasa beri tumpuan pd Noah.

Terima kasih semua.




Selamat Hari Lahir Noah Khaleefa syg.."Kemana kamu pergi 20 minit tu?" Alhamdulillah terima kasih Allah. 

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. alhamdulillah, keajaiban dari allah swt buat puan sekeluarga.. syukur

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  3. segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "