Foto: almawk3
Menerusi perkongsian dari saudara Zulfa Khairi, yang mana menulis kembali akan ceramah yang diberikan oleh pendakwah Firdaus Wong Wai Hung mengenai, syarat minimum masuk syurga, kita dapat mengetahui akan apa yang boleh dilakukan dalam mengejar syurga.
Mari kita hayati perkongsian darinya.
Bismillah
a. Beriman
Surah 103, ayat 1-3
﴿١﴾ وَٱلْعَصْرِ
(1) Demi masa. (Al 'Ashr 103:1)
﴿٢﴾ إِنَّ ٱلْإِنسٰنَ لَفِى خُسْرٍ
(2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, (Al 'Ashr 103:2)
﴿٣﴾ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصّٰلِحٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ
(3) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat- menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. (Al 'Ashr 103:3)
Imam syafie kata, jika Allah tidak turunkan surah lain dalam al-quran, surah al-asr ini sudah memadai untuk manusia.
Surah ini terletak di tengah-tengah 2 surah yang dimulakan dengan kerugian surah 102 & 104:
﴿١﴾ أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ
(1) Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, (At Takaatsur 102:1)
﴿١﴾ وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
(1) Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, (Al Humazah 104:1)
Hadis Hasan no 2416 : Sabda Rasulullah SAW bermaksud ;
Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat di hadapan ALLAH sehingga disoal tentang lima perkara; tentang umurnya, waktu mudanya,dan hartanya daripada mana ia dapat dan bagaimana membelanjakannya, dan apa yang dia amalkan daripada ilmunya.
(Riwayat Ibnu Hibban & Tarmizi )
Para sahabat, bila mereka berjumpa, sebelum berpisah mereka akan baca surah al-asr.
Semua manusia dalam kerugian, kecuali:
i. Orang yang beriman
ii. Orang yang beramal soleh
iii. Orang yang berpesan dengan kebenaran
iv. Orang yang berpesan dengan kesabaran
Foto: dreamCo
2. Beramal solehAda kajian mengatakan pada tahun 2050 di Malaysia, 80% penduduk beragama islam. Tapi apa signifikan nombor ni? Adakah ia akan meningkatkan iman kita? Atau kita sekadar bangga dengan nombor itu?
Iman perlu ada sekali dengan ilmu. Kita wajib menuntut ilmu fardhu ain.
Surah yunus ayat 36 :
﴿٣٦﴾ وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا ۚ إِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغْنِى مِنَ ٱلْحَقِّ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِمَا يَفْعَلُونَ
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (Yunus 10:36)
Adakah agama kita ni atas perasangka sahaja? Apa yang manusia lalaikan?
﴿١﴾ أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ
(1) Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, (At Takaatsur 102:1)
Bila bermegah-megah dengan harta dunia yang banyak, dia akan lalai dari buat amal soleh.
Syarat amal soleh diterima :
i. Ikhlas kerana Allah
ii. Ikut nabi
Foto: ummionline
Orang yang cerdik - mereka yang hisab diri mereka sebelum Allah hisab mereka
Ayat-ayat al-quran tentang sifat munafiq: Ada 13 ayat dalam surah al-baqarah. Periksa ciri-ciri orang munafiq tu, ada tak dalam diri kita?
Hadis: Bila meninggalnya anak adam, terputus semua amalan kecuali,
i. Ilmu yg bermanfaat
ii. Sedekah jariah
iii. Doa anak yang soleh
4. Berpesan dengan kesabaran
Kenapa manusia takut mati? Kerana tiada persediaan untuk menghadapinya.
Duit yang ada pada kita, belum tentu jadi milik kita. Yang jadi milik kita ialah, duit yang kita telah gunakan untuk melabur di akhirat.
Hadis : Tidak masuk syurga kamu sehingga kamu beriman, dan tidak beriman kamu sehingga kamu mencintai umat islam lain seperti kamu cinta diri kamu sendiri
Syarat untuk ajak manusia kepada kebenaran: 1 ayat (sampaikan olehmu walau 1 ayat)
Kesimpulannya:
4 kriteria minimum untuk ke jannah :
1- Beriman
2- Beramal soleh
3- Berpesan dengan kebenaran
4- Berpesan dengan kesabaran
Wallahu a'lam
- Siakap Keli