Jika sesuatu kawasan dipenuhi dengan kelkatu pada waktu malam, keesokan harinya pasti kawasan tersebut dipenuhi dengan sayap serangga itu - tanpa badan.
Tapi kemana hilangnya badan makhluk itu? Sebelum menjawab lanjut tentang persoalan ini, kita terokai terlebih dahulu dari mana datangnya serangga bersayap ini.
Kelkatu = Anai-anai
Ini mungkin satu hakikat yang sukar ditelan, tapi ya, kelkatu merupakan anai-anai. Menyelusuri lanjut mengenai haiwan unik ini, mari kita masuk dahulu tentang kitaran hidup anai-anai.
Anai-anai merupakan haiwan yang unik kerana mereka ini disifatkan sebagai haiwan yang bagus dari segi sosialnya. Ini kerana mereka mempunyai kasta dan setiap jenis kasta mempunyai tujuan masing-masing. Dalam setiap koloni anai-anai akan ada pekerja, askar, dan pembiak berserta dengan raja dan ratu.
Kehidupan anai-anai bermula dari telur yang akan bertukar menjadi larva. Larva ini kemudian akan bertukar menjadi sama ada pekerja atau askar atau menjadi pembiak. Penjelasan lanjut mengenai perkembangan larva anai-anai agak panjang dan kompleks, jadi kita ringkaskan sampai di situ saja.
Askar dan pekerja
Anai-anai pekerja secara ringkasnya membuat kerja-kerja seharian dalam dunia anai-anai; termasuklah menjaga ratu, membaiki sarang, memberi anai-anai kasta lain makan, menjaga telur dan mencari makanan. Biasanya, tugas-tugas ini dibahagikan mengikut umur dan juga saiz anai-anai pekerja. Anai-anai inilah yang selalu anda lihat memakan kayu.
Pekerja |
Askar |
Pembiak
Selepas peringkat larva, anai-anai kasta pembiak akan bertukar menjadi nymph dan seterusnya akan melalui proses molting sebelum menjadi matang - a.k.a kelkatu. Kelkatu amat jarang dihasilkan. Malah, masa untuk satu-satu koloni mula menghasilkan kelkatu mungkin lebih dari empat tahun - berbeza mengikut spesis dan koloni.
Apabila tiba masa yang sesuai, semua anai-anai bersayap dan bermata ini akan keluar secara berkelompok dari sarang mereka untuk mencapai objektif mereka iaitu memulakan koloni baru.
Pada hari mencari pasangan itu, kawasan-kawasan berlampu akan dipenuhi oleh serangga ini. Apabila kelkatu jantan sudah berjaya menemui kelkatu betina idaman, mereka akan jatuh ke tanah dan sayap mereka akan tertanggal. Selepas itu, mereka akan mengorek kawasan tanah atau kayu terdekat yang sesuai bagi memulakan sarang/koloni baru.
Busut atau sarang anai-anai. |
Yang besar tu ratu. Kepala kecil, tapi badan besar bagi membolehkannya menghasilkan banyak telur. |
Yang besar hitm sikit tu raja (kelkatu jantan tadi). |
Itulah kitaran anai-anai atau kelkatu. Jadi jika anda ternampak kelkatu berterbangan di udara, ketahuilah ia sebenarnya anai-anai.
Sumber: www.termites.com dan hasil-hasil carian Google lain.
Halo, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
BalasPadamdi dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau penggunaan kakitangan. Kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com
BORANG PERMOHONAN PENCEGAHAN PINJAMAN
******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di mana anda mendapat iklan pinjaman kami:
mohanmendcompany01@gmail.com