Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Adinda Sultan Selangor Mangkat

8 Jun 2017


SHAH ALAM, 8 Jun - Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Alharhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang hari ini.

Bernama melaporkan, sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara tersebut berkata Almarhum Tengku Puteri Sofiah, 68, mangkat kira-kira jam 4 petang dan jenazahnya dibawa ke Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang untuk disembahyangkan.

"Majlis pemakaman jenazah Tengku Puteri Sofiah dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam di Seksyen 5 di sini pada kira-kira 10 pagi esok.

"Namun, tiada sebarang majlis istiadat negeri sempena kemangkatan Tengku Puteri Sofiah," katanya yang dihubungi oleh Bernama.

Bacaan surah Yasin dan doa selamat untuk Almarhum Tengku Puteri Sofiah turut diadakan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Najib Razak, turut meluahkan perasaan sedih beliau atas perkara tersebut.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Trm berita sedih kmangkatan YAM Tengku Puteri Sofiah,adinda Sultan S'gor. Moga roh dicucuri rahmat.Al-Fatihah." tulis beliau.




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "