Bapa tersebut berkata kepada anaknya, "Jika tidak mahu ke sekolah, kamu terpaksa pergi kerja sama seperti orang lain."
Ibu kepada kanak-kanak bernama Pita itu, Hatairat Neramittanakul, telah memuat naik gambar anaknya sedang bekerja mencari wang sebagaimana orang dewasa lain.
Dengan memakai baju bersaiz besar, serta topi payung di atas kepala, kanak-kanak tersebut bekerja menjual pisang goreng kepada pengguna jalan raya (sambil ditemani ayahnya).
Gambar tersebut kemudiannya tular di media tempatan.
Menurut Hatairat, mereka bertindak sebegitu selepas anaknya berkata, “Saya tidak mahu pergi ke sekolah”.
“Bila Pitta berkata tidak mahu ke sekolah, saya menjawab, tak ada masalah. Tapi, sekiranya enggan ke sekolah, dia kena bekerja seperti orang lain juga”, tambahnya.
Kata Hatairat lagi, jika sekolah sudah mula membuatnya berasa bosan, dia terpaksa berdepan dengan dunia nyata.
Bagaimanapun, Hatairat berkata mereka hanya membenarkan Pita menjual empat bungkusan pisang goreng sahaja memandangkan anaknya itu mengadu keadaan cuaca yang panas.
Setelah selesai bekerja, Pita diberi wang THB10 (RM1.26) sebagai gaji dalam usaha belajar tentang kepayahan mencari duit.
"Wow! Skil ajar anak yang bagus!," puji seorang pengguna Facebook yang turut disokong oleh orang lain.
Sumber: Coconuts Bangkok
- Siakap Keli