Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Ramai Terkesan Ingat Patung Beruang 'Ikon' Batu Dah Hilang, Tapi Dia Cuma Pindah 'Rumah' Baru

7 Jun 2017
No Comment

Nampaknya ketiadaan “ikon” patung beruang kutub di atas sebuah puncak bagunan berhampiran Tol Batu Tiga Lebuhraya persekutuan di Shah Alam, Selangor telah memberi kesan kepada pengguna jalanraya dan komuter yang melalui kawasan berkenaan.

Gambar-gambar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama Arun Raja, menunjukkan maskot syarikat perkakasan elektrik Blöndal dari Sweden itu diturunkan telah membuatkan ramai netizen yang selalu melalui berasa agak terkesan dengan ketiadaan beruang itu nanti.

Mana tidaknya mereka dilihat menceritakan kenangan mereka yang sudah sebati dengan melihat patung beruang berkenaan dan berkongsikan kenangan mereka.






Nurul Amalina Ghani berkatan "Kenangan mengamit memori...lalu sini naik motor dengan abah masa kecik...selalu suruh abah berhenti...nak tengok bear...abah ikutkan je...tapi kene bebel la...abah kata ..adik ni bear tu samo jah...hari-hari dio kat situ jah...x berubah pon...haha abah adik sayang abah..."

Chik Wani pula berkatan "Setiap kali lalu tol batu 3, pasti aku akan pandang bear nie, ntahlaa sebab dah jadi kebiasaan kot, pasnie aku nak pandang ape kalau bear tu dah xde kat situ...suram laa ari2 ku."

Berdasarkan komen ramai tidak dilihat menyatakan Blöndal sudah bangkrap dan menyebabkan syarikat berkenaan terpaksa menutup operasinya di Malaysia.

Bagaimana pun sebenarnya beruang itu tidaklah dimusnahkan, sebaliknya dipindahkan ke 'rumah' baru di Hicom-Glenmarie Industrial Park, Shah Alam di mana operasi syarikat Blöndal telah berpindah ke tempat baru yang lebih selesa, dan gambar yang tersebar itu adalah operasi menaikkan patung beruang berkenaan atas 'rumah' baru.


Jadi kalau rasa rindu nak tengok patung Blöndal ni, boleh la tukar laluan baru nak pergi kerja, lalu jalan Glenmarie pula. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "