Bila dah macam ini, mestilah nak disental dengan kuat, lagi-lagi kalau dah terlalu lama, dan kerak tersebut mula menebal.
Bukan itu sahaja, bila dah nak dekat raya, mesti nak semuanya nampak baru, biar pun tak dapat beli yang baru, tapi kalau dah berkilat, pastinya memuaskan hati, dan berkobar-kobar nak memasak juadah hari raya.
Anak-anak yang ada dekat rumah pun, mestilah hairan, dan mereka pun akan seronok nak tolong, mana tidaknya, bila sesi membasuh periuk belanga nanti tidaklah terlalu sukar, sebab kerak dan karat dah tak ada.
Kali ini, admin nak kongsikan cara bagaimana kita boleh hilangkan karat dan kerak dengan mudah.
1. Asam limau
Sediakan air rendaman, yang ada perahan limau, dan buahnya sekali, jangan lupa campurkan dengan sabun pencuci sekali, untuk lebih berkesan.
Lepas tu, rendan seketika periuk belanga yang berkerak tu, kemudian, bolah la perlahan-lahan sental, dengan pencuci dawai halus tu, sentalkan juga dengan limau tadi.
2. Kentang
Apa yang anda boleh buat, potong separuh kentang tersebut, lepas tu, taburkan ‘baking soda’ (kalau tak ada, guna sabun cuci atau pun garam juga boleh).
Sental perlahan-lahan, sampai hilang karat atau kerak tersebut.
3. Cuka
Anda campurkan cuka, jus lemon, dan ‘baking soda’ dalam air, kemudian rendamkan dalam semalaman kuali atau periuk.
Kemudian, boleh mula gosok kawasan yang terkena perlahan-lahan, kerana kesan lekatan kerak dah tidak kuat.
4. Asam keping
Selepas itu, bila sudah sejuk, anda boleh mula menyental menggunakan asam keping tadi.
5. Soda bikarbonat
Biarkan seketika untuk menyejuk, selepas itu anda boleh mula mencuci.
Puan Dania Ellyka juga telah gunakan cara yang sama, hasilnya kuali tersebut tampak seperti baru, berkilat sahaja.
6. Aluminium foil
Gosok secara kedepan dan kebelakang secara berterusan.
Sumber: Dania Ellyka