Tapi, andai ada kesilapan, di mana kita terlah tersilap membeli tiket penerbangan, yang mana ‘clash’ dengan penerbangan lain, masihkah ada peluang untuk menukarnya, tanpa ada denda?
Menerusi perkongsian dari saudara, Zulkarnain Kelana, dia dapat membuat penukaran tarikh penerbangan dengan sebuah syarikat penerbangan ini, tanpa dikenakan denda.
Mari kita baca akan perkongsiannya.
Sebenarnya kalau hal mcm ni, 99.9% akan dikenakan penalti dan selisih harga esp tiket promo jika nk tukar tiket sesaja tanpa caj.mgkn hnya ada 0.01% untuk tukar. Dengan peluang 0.01% tersebut, saya cuba contact airlines tersebut (costumer service form). Penaltinya EUR90 atau RM420++. Belum masuk selisih harga.
BACA: Nak Beli Tiket Kapal Terbang Pun Kena Ada Strateginya, 7 Cara Ini Membolehkan Anda Dapatkan Tiket Dengan Harga Murah
Dalam borang tersebut, saya menyatakan masalah saya dengan nada yang agak sedih. Saya turut memuji-muji airlines tersebut. Saya turut menyatakan pengalaman yang manis kerana pernah menggunakan airlines ini. Dalam masa yang sama, saya menulis akan terus menyebarkan pengalaman yang excellent menaiki airlines ini.
Saya meminta tarikh dilewatkan dua minggu dari tarikh asal tanpa dikenakan penalti. Sebelum itu, saya memastikan harga tiket pada tarikh yang diminta sama seperti tarikh asal.
Setelah 24 jam, saya mendapat email dari airlines tersebut. Saya amat terperanjat dan bersyukur. Saya mendapat itinerary yang baru. Alhamdulillah. Airlines tersebut tidak menjawab apa yang saya telah tulis tapi hanya dapat email itinerary (maksudnya mereka telah membaca). Saya mengucapkan tq dan mereka membalasnya.
Kawan-kawan jangan pukul rata isu saya ni. Saya cuma memberikan idea jika berlaku hal seperti saya. Mungkin peluang 0.01 bertukar kepada rezeki. Sapa tahu? Kita usaha. Dapat or xdapat tu bukan urusan kita.
So, kawan-kawan di luar sana mungkin boleh buat macam ni. Good luck. Berdoa. Rakan-rakan Islam amalkan solat dhuha tapi jangan anggap masalah akan selesai bila solat dhuha. Segala urusanNya. Apapun sebelum book pkir betul-betul melainkn kalau berlaku hal xdpt dielakkan yang datang secara tiba-tiba, kena redha atas segalanya.
**Airlines saya tak tulis sebab nanti orang akan berfikiran airlines ni memang boleh tukar or orang pukul rata.
- Siakap Keli
BACA: Siapa Sangka, Anda Boleh ‘Upgrade’ Tiket Penerbangan Dari ‘Economy Class’ Kepada ‘Business Class’ Secara Percuma, Lelaki Ini Kongsi Caranya