Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bank Tersilap Masuk Wang RM 100,000 Dalam Akaun Peribadi Peniaga Kedai Kopi di Kedah

3 Mei 2017


Apa yang akan anda rasa jika tiba-tiba wang RM100,000 masuk ke dalam akaun bank?

Seorang peniaga kedai kopi di Kedah terkejut apabila menerima panggilan dari sebuah bank yang memberitahu mereka tersilap memasukkan wang sebanyak RM100,000 ke akaun peribadi miliknya pada Khamis.

Sinar Online melaporkan, peniaga kedai kopi terbabit yang dikenali sebagai Ah Seng, 28, (bukan nama sebenar) menjelaskan dia membuat urusan di bank terbabit pada 27 April lalu namun langsung tidak menyedari kesilapan yang berlaku.

"Selepas habis urusan, pihak bank bagitau sudah memasukkan sejumlah wang sebagai faedah yang diperolehi ke dalam akaun dan saya hanya mengiakan saja.

"Seperti biasa, saya keluarkan wang di bank berjumlah RM1,300 pada 28 April kerana ingin keluar daerah memandangkan cuti hujung minggu serta cuti umum hari pekerja 1 Mei lalu, tapi tak sedar langsung ada sejumlah wang baki di akaun," katanya.

Menurutnya lagi, pada jam 4 petang Jumaat, pihak bank menghubunginya dan memaklumkan tersalah memasukkan wang dan meminta agar wang itu dikembalikan semula.

Ah Seng kemudian membuat pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati jumlah baki di bank adalah RM98,688.55.

Disebabkan berada di luar kawasan, dia berjanji akan memulangkan wang di bank sebaik sahaja pulang ke Sungai Petani.

Wang terbabit selamat dikembalikan semula pada Selasa selepas bank mula beroperasi. Menurut Ah Seng, pihak bank turut berterima kasih kepada beliau.

"Pagi semalam (Selasa), sebaik sahaja bank mula beroperasi, saya ke sana untuk memulangkan baki yang ada dan membayar semula wang yang saya guna.

"Pihak bank kemudian mengucapkan terima kasih atas kejujuran dan memohon maaf atas kesilapan,"katanya.

Kesilapan seumpama ini dirasakan sangat jarang berlaku di Malaysia. Tetapi di Australia, kejadian yang hampir sama pernah berlaku membabitkan seorang pelajar Malaysia.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "