Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahu Psikologi Anak, Baru Mereka Lakukan Apa Yang Diminta, Tanpa Ibu Bapa Perlu Mengulangi Arahan Berulang Kali

4 Mei 2017
No Comment
Foto: careleader

Tanpa sedar, sebagai ibu bapa, kita mungkin menyebabkan anak-anak melakukan sesuatu perkara dalam keterpaksaan, lebih-lebih lagi jika mereka sedang melakukan aktiviti kesukaan mereka.

Apa yang seharusnya dilakukan oleh ibu bapa, adalah dengan memastikan cara meminta, atau menyuruh buat sesuatu itu dengan langkah yang betul.

Ia bukanlah sukar, cuma memerlukan sikap toleransi antara ibu bapa, juga anak-anak, kerana menerusi perkongsian dari Dr Taufiq Razif ini, cara yang dikongsikan ini, mungkin boleh membuatkan anak melakukan sesuatu tanpa keterpaksaan.

Mari kita baca untuk mengetahui lebih lanjut.

Foto: additude

Jangan sampai anak derhaka berkali-kali!

Kadang-kadang anak kita tak dengar cakap bukan sebab dia anak yang degil tapi kita yang tak faham psikologi dan keadaan sekitar mereka.

Kalau nak suruh anak buat sesuatu :

+ Perhatikan dulu apa yang anak kita tengah buat

Contohnya kalau dia tengah tengok Upin Ipin ataupun Didi & Friends, lebih-lebih lagi dah di minit-minit terakhir rancangan lebih baik kita tunggu mereka habiskan dulu sambil ingatkan mereka. " Dah habis tengok nanti tolong ibu / pergi mandi / makan ye. "

+ Pastikan kita 'take action' selepas proses 'negotiation' 

Lepas kita suruh anak kita pergi mandi kalau dah habis tengok cerita Upin Ipin ( negotiation ), jangan lupa untuk tarik mereka dengan perlahan-lahan ke bilik mandi ( take action ). Kalau kita buat diam je memang anak tu akan ingat kita ni main-main je suruh diorang buat sesuatu.

Foto: homeforher

+ Nada suara yang memujuk & mendayu

Pastikan dulu kita menggunakan nada suara yang memujuk dan mendayu. Baru la anak nak buat sesuatu pun bukan dalam keadaan yang terpaksa. Malah dia akan rasa dia diperlukan oleh ibubapanya.

+ Beri saguhati atau penghargaan

Bila anak dah buat apa yang kita suruh, bagi mereka saguhati dan penghargaan. Tak semestinya dalam bentuk kebendaan dan material. Saguhati dan penghargaan dalam bentuk pujian pun dah boleh mencairkan hati si comel kita. 

Nak lagi dasyat korang boleh buat-buat puji kebaikan si anak tu di depan ayah dia sendiri. Contohnya " Abang, tadi kan Maryam ni tolong Ummi tau. Ya Allah! Sejuk hati ummi dengan kesolehan anak kita ni abang ". Hanya Tuhan yang tahu betapa berbunganya hati si comel bila dipuji camni tau!

Foto: cdnkids

Kalau boleh, biar kita suruh sekali je dah boleh buat anak kita ikut cakap kita. Jangan sampai kita terpaksa suruh berkali-kali hanya kerana kita tak faham psikologi anak kita sendiri. Jangan sampai anak kita derhaka berkali-kali bila mereka tak buat apa yang kita suruh hanya kerana kita yang tak pandai dalam menyuruh!

P/ S : Tolong bantu saya sebarkan ilmu ni pada ibubapa kat Malaysia supaya mereka akan lebih faham psikologi anak-anak mereka sendiri ye. InsyaAllah bila amal teknik saya bagi ni, cukup sekali suruh je dah buat anak dengar dan taat.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "