Foto: thenewstribe
Dalam pada itu juga, mungkin ada yang bertanya serba sedikit rukun islam ke-3, iaitu puasa yang kita sedang tunaikan.
Kita mungkin sedikit keliru dalam menyempaikan jawapan bagi persoalan mereka tersebut, untuk memastikan mereka faham, dengan penjelasan yang mudah.
Menerusi perkongsian dari saudara Khairul Hakimin Muhamad ini, dengan beberapa cara memberi jawapan ini, ia mungkin sedikit sebanyak memberi kefahaman buat mereka akan puasa ini.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Foto: moroccoworldnews
Pada setiap tahun, kami (muslim) akan berpuasa selama satu bulan penuh. Ia bermula apabila ada pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang biasanya dibuat serentak di stesen TV dan Radio.
Dijangkakan tahun ini kami semua akan berpuasa bermula dari 27hb Mei sehingga 24hb Jun 2017. Dan ia serentak berlaku di seluruh dunia.
Untuk bulan puasa, biasanya kami akan:
1. Tidak makan dan minum sepanjang waktu bekerja biasa (8.00 pagi hingga 5.30 petang). Kami sudah pun mengambil sahur (makan awal pagi sekitar jam 5.00 pagi) kemudian akan berbuka puasa (makan kembali) pada jam sekitar 7.00 petang / malam.
Jadi ada kemungkinan kami akan penat dan lapar. Bagi yang bekerja berat, ia sememangnya sebuah ujian. Harapnya kalian faham ya.
2. Sekiranya ada mesyuarat, tidak menjadi masalah untuk sediakan minuman dan makanan kepada rakan bukan Islam yang lain.
3. Kami juga biasanya akan banyak menghabiskan masa lapang dengan membaca Al-Quran yang mana itu merupakan kitab suci umat Islam di seluruh dunia.
4. Pada waktu petang, sekitar jam 3.00 petang ke atas, akan ada bazar atau pasar di kawasan-kawasan perumahan dan bandar. Ia dinamakan sebagai Bazar Ramadan.
Kalian juga boleh memeriahkannya dengan membeli lauk pauk, makanan dan minuman seperti kami untuk berbuka puasa.
Seperti biasa, parkinglah dalam keadaan yang baik supaya semua orang selesa.
Oh ya, biasanya pada bulan ini, banyak syarikat membenarkan kami pulang sedikit awal dari waktu biasa. Ia untuk kami mengambil sedikit rehat dan menyediakan juadah berbuka.
Foto: alarabiya
6. Sekiranya kalian ingin makan atau minum pada waktu kerja, silakan. Tak perlu malu atau segan di hadapan kami semua.
7. Sekiranya kalian ingin cuba berpuasa, kalian boleh tanyakan kepada kawan rapat atau teman sekerja yang berhampiran dengan kalian ya. Cuba perlahan-lahan.
8. Selepas berpuasa selama 1 bulan, kami semua akan menyambut kejayaan tersebut dengan hari raya. Hari tersebut, kami semua tidak lagi berpuasa.
Terima kasih kerana menghormati dan menyantuni kami ya.
Khairul Hakimin Muhammad,
Malaysian.
- Siakap Keli
BACA: Solat Tarawih Buat Kaum Wanita, Lakukannya Di Rumah Sahaja atau Boleh Di Masjid, Ini Penjelasan Akan Persoalan Tersebut