Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jangan Lihat Kekurangan Isteri, Lihat Betapa Banyak Jasa Mereka," Nasihat Lelaki Ini Selepas Lihat Pengorbanan Isterinya Setelah Hilang Anak Pertama

26 Mei 2017
No Comment

Isteri adalah amanah Allah kepada sang suami yang mana hak-hak mereka harus dipenuhi dengan baik dan benar menurut syari'at Agama.

Jika seorang suami lalai dalam memenuhi hak isterinya, bererti suami telah gagal menjaga dan memelihara Amanah yang telah Allah percayakan kepadanya.

Wanita apabila dia sah menjadi isteri kepada seorang lelaki, makan segalanya akan berubah, menjadi tanggungjawab si suami menjaganya seperti menjaga diri sendiri.

Ketahuilah, peranan seorang isteri sebenarnya begitu besar kepada suaminya, mereka bersusah payah membesarkan anak, menajga rumaht tangga dan pelbagai lagi.

Seorang lelaki bernama Muhammad Ahmad telah berkongsikan sebuah nukilan kepada suami-suami diluar sana, beliau menulis nukilan ini selepas melihat pengorbanan isterinya selepas mereka telah kehilangan anak pertama berumur 1 tahun 4 bulan.

Jom kita baca.


Petang tadi saya ajak isteri dan anak ziarah penghuni syurga. 3 tahun berlalu. Masih segar dalam ingatan kami. Saya cakap kepada anak. Ini abang awak, dia sekarang penghuni syurga. Saya sebut nama anak syurga ini, anak ikut sama. Saya cabut rumput, betulkan tanah, dia ikut sama.

Saya selalu cakap kepada isteri, terima kasih jaga anak siang malam tanpa sedikit pun mengeluh. 1 tahun 4 bulan 'tidur-tidur ayam'. Hari dan minggu pertama berpantang terpaksa ulang alik ke hospital. Allahu saat akhir kami berjuang susukan anak(di facebook lama saya ada tulis perjalanan anak kami). Sekarang tidak mampu untuk menulis lagi.

Masih segar dalam ingatan saya keadaan isteri malam pertama kematian anak, isteri peluk bantal sangkakan itu anak kami, nangis siang malam rindukan anak. Saya saban hari bersama isteri, sentiasa ungkap perkataan: Redha diatas kematian anak Allah bina istana di syurga.

Tuan-tuan yang disayangi dan dicintai Allah. Hargai isteri, sayangi mereka, betulkan kesilapan mereka dengan penuh lemah lembut, kasih sayang. Bagi sepenuhnya perhatian saat mereka mengeluh, mengadu. Mereka siang malam jaga anak kita, jaga makan minum, pakaian kita. Jangan lihat kekurangan mereka, lihat betapa banyak jasa mereka kepada kita.

Fizikal mereka tidak mampu melawan kekuatan kita. Tetapi jiwa mereka hanya Allah lebih mengetahui saat mereka melahirkan anak,saat pertama menyusukan anak. Tiada siapa lagi untuk didik dan bimbing mereka selain kita. Bawalah mereka masuk syurga bersama.

Peluklah mereka saat mereka sedang berduka, pimpinlah mereka saat mereka jauh dengan Allah.Setiap Pelukkan buatkan rahmat Allah mencurah-curah dalam keluarga kita. Pelukkan suami buatkan isteri sihat dan bahagia. Jangan tengking mereka, jangan pukul mereka. Jangan.. Mereka perlukan kita saat emosi mereka bercelaru.

Puan-puan. Taatlah suami, jaga aib suami. Doa siang malam untuk suami. Jangan bandingkan suami kita dengan suami orang lain. Jangan sikit pun cerita kelemahan suami difacebook. Setiap hari puji suami, senyum kepada suami, sediakan makan minum yang terbaik untuk suami, jaga makan minum pakaian suami kerana Allah. Sentiasa ucap terima kasih kepada suami. Sabar dengan kerenah suami kerana Allah.

Tuan puan. Solat dua rakaat setiap hari. Minta Allah bahagiakan kita suami isteri. Sama-sama baca Al-Quran, sama-sama betulkan bacaan, sama-sama baca hadith,kisah sahabat, sama-sama bimbing anak kenal Allah dan Rasul.

Percayalah. Bahagia apabila kita sama-sama kenal Allah dan Rasul. Diri,masa,harta,keluarga bukan milik kita. Semuanya milik Allah. Serah segalanya kepada Allah. Moga Allah Terima doa kita.

-EncikMatt-

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "