Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Awas Parasit Dalam Sushi - Pakar

12 Mei 2017

Peningkatan populariti sushi mungkin menjadi penyebab kepada kenaikan kes jangkitan parasit, amaran doktor.

Peminat makanan Jepun itu diberi peringatan agar sentiasa peka dengan bahaya tertelan parasit daripada ikan mentah atau tidak masak.

Amaran itu timbul selepas satu kes dimana larva ditemui melekat di lapisan usus seorang lelaki Portugal berusia 32 tahun.

Menulis di dalam British Medical Journal, pakar berkata lelaki itu mengalami sakit perut, muntah-muntah dan demam selama seminggu.

Ujian darah menunjukkan lelaki itu mengalami keradangan, dan kawasan di bawah rusuknya didapati membengkak.

Bagaimanapun, doktor hanya mengesyaki kes itu mempunyai kaitan dengan anisakiasis apabila lelaki terbabit berkata dia ada memakan sushi baru-baru ini.

Anisakiasis adalah penyakit parasit yang disebabkan oleh anisakid nematodes yang boleh menceroboh dinding perut atau usus manusia. Ia berlaku apabila larva yang dijangkiti ditelan dari ikan atau sotong kurang masak ataupun mentah.

Doktor kemudiannya melakukan endoskopi terhadap lelaki itu, dengan memasukkan tiub panjang bersama kamera ke dalam perut.

Seperti yang dijangka, mereka menemui larva parasit terbabit melekat di dinding perut yang sudah membengkak itu.

Selepas ulat itu dibuang menggunakan sejenis jaring khas, simptom yang dialami mangsa berhenti serta-merta.

"Kes seperti ini semakin meningkat di negara-negara barat.

"Perubahan dalam tabiat makanan menjadikan anisakiasis (sejenis penyakit) semakin meningkat di negara-negara Barat. Pesakit yang mempunyai sejarah pengambilan ikan mentah atau tidak dimasak terdedah dengan risiko penyakit ini," kata laporan itu.

Sumber: Standard.co.uk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "