Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Bunuh Pelajar UiTM Viral 2 Tahun Lalu, Tukang Masak Dihukum Gantung Sampai Mati

12 Mei 2017
No Comment

Seorang lelaki yang merupakan bekas tukang masak dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping, hari ini selepas didapati bersalah membunuh penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, dua tahun lalu, lapor Harian Metro.

Hukuman berkenaan telah dijatuhkan kepada Syarafi oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan terhadap Syarafi Abu, 27, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan yang dibaca, Syarafi didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Bukit Gantang, 11.55 pagi 2 Februari 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Yusaini Amer Abdul Karim, Amril Johari dan Mohd Azrul Faidz manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.


Kejadian berkenaan telah menjadi tular pada tahun 2015 lalu di mana menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

Ketika kejadian Nur Syuhada telah diambil lelaki berkenaan di kolejnya sebelum magsa dipercayai telah dikelar di leher oleh lelaki terbabit ketika mereka menaiki kereta menghala arah selatan pada hari kejadian.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar ketika mendapatkan rawatan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "