Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Setiap Pemimpin Akan Ditanya Atas Apa Yang Dipimpinnya, Begitu Juga Ketua Keluarga, Muhasabah Diri, Perbaiki Akan Kesilapan Yang Mungkin Ada Dilakukan

14 Apr 2017
No Comment

Menjadi ketua keluarga, tanggungjawabnya sungguh besar, tidak lagi seperti masih bujang dahulu, banyak perkara yang perlu dipandang, diperbaiki, ditegur, dan juga dipimpin.

Tidak bermakna lelaki terus melupakan, atau meninggalkan segala yang dilakukan ketika bujang dahulu, tapi, perlu ada batas dan utamakan mana yang penting terlebih dahulu.

Dalam tidak sedar, sebagai lelaki, khususnya ketua keluarga, mungkin ada cara yang dilakukan, sebenarnya adalah satu kesilapan, dan menurut perkongsian dari pendakwah, atau motivator ini, iaitu Ustaz Ebit Lew, kesilapan-kesilapan ini mungkin pernah dilakukan oleh ketua keluarga.

Kita ikuti perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini, dan cuba lihat pada diri, untuk memperbaiki agar jadi lebih baik.


Kesilapan Ketua Keluarga

Ya Allah berilah setiap lelaki dapat jadi orang Islam yang baik. Ketua keluarga yang bertanggungjawab. Zaman ini kita lelaki tak sedar isteri dan anak-anak ialah amanah Allah yang besar untuk kita pimpin masuk syurga, kasihan wanita dan anak-anak. Islam datang nasib wanita terbela. Darjat wanita ditinggikan. Sehinggakan beza seseorang dengan yang lain ialah takwa.

Muhasabah buat saya dan ketua keluarga. Kesilapan kita sebagai ketua keluarga. Marilah kita perbaiki diri kita supaya Allah sayang kita. Hanya untuk Allah sayang.

Suami balik kerja terus keluar tak sampai 30 minit terus keluar rumah main bola, berbual dengan kawan-kawan, lepak sampai lewat pagi. Ada yang 3 dan 4 pagi baru balik rumah..ya Allah sedihnya..

Suami masuk rumah tak peluk isteri dan anak-anak yang merinduinya..terlupa.beri salam..pegang hp dan hadap hp sampai pecah hp.

Badan di rumah tetapi hati tiada di rumah. Isteri anak bercakap tak pandang muka mereka. Pandang muka keluarga ketika bercakap sunnah Nabi saw..mata dekat hp jer..

Suami langsung tak bantu isteri. Biar isteri masak seorang diri. Biar isteri basuh baju dan lipat baju seorang diri. Anak dah ramai tetapi langsung tak kisahkan anak-anak. Tak tolong mandi dan uruskan anak-anak.

Suami tak faham hati isteri. Tak buat kejutan buat mereka. Tak sentuh tangan mereka. Tak peluk mereka dari belakang. Tiada ucapan cinta dan sayang lagi..

Suami sibuk dengan kawan, tengok tv, main hp walau waktu malam sepatutnya tidur disebelah isteri tercinta.

Suami kasar bercakap melukakan hati isteri. Baran tak menentu dengan isteri dan anak-anak. Jadi boss besar semua order jer sampai. Tersilap atau terlambat marah. Tiada lagi erti sebuah keluarga

Tak pernah ajak solat tahajud berjemaah. Tidak jadi imam. Tak pernah ajak buat Ta'lim rumah.

Love till jannah. Tapi tak tak pernah dengar fatihah isteri. Tak pernah cek wuduk isteri. Tidak ada suasana nasihat menasihati. Bagaimana ketua boleh jadi baik tanpa nasihat.



Ukuran bahagia nama Allah yang disebut. Lagi banyak nama Allah disebut lagi bahagia. Kini banyak rumah sepi dari nama Allah. Di mana bahagia?

Tak menjadi motivator buat anak-anak. Sebagai ketua tak hargai orang yang berjuang buat kita..

Kedekut dengan isteri. Ada suami beli motor besar. Kereta besar. Tapi tak tanya isteri apa dia nak. Langsung tak beri duit belanja buat mereka. Nak beli pencuci muka pun takde.


Pakai duit isteri. Terlupa isteri cuma membantu. Beri nafkah tugas kita lelaki, mereka bukan bibik atau orang gaji. Mereka bidadari yang akan bersama kita dalam syurga. Berilah masa untuk mereka. Hargai mereka.

Suami tak bawa isteri berjuang di jalan Allah dan belajar ilmu. Sehingga isteri tiada fikir agama. Risau akhirat.

'Setiap pemimpin akan ditanya atas apa yang dipimpinnya'

Ya Allah tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganMu. Pilihlah setiap lelaki dapat belajar iman. Berjuang dijalanMu. Bantulah kami dalam membimbing keluarga kami-ebit lew

- Siakap Keli

BACA: “Yang, Nak Pahala Tak?”, Tanya Suami Dengan Kuat Depan Semua Tetamu, Lalu Arahkan Isteri Mengambil Kopi Untuknya, Hanya Kerana Ingin Tunjukkan Autoritinya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "