Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Terima Kasih McD Sebab Sudi Ambil Adik Saya Sindrom Down Bekerja

14 Apr 2017
No Comment

"Terima Kasih McD bagi adik saya kerja," itulah kata-kata yang keluar dari seorang abang yang amat menghargai selepas pihak Mc Donalds memberi peluang kepada adiknya yang merupakan seorang OKU Sindrom Down bekerja di restoran milik mereka.

Menurut Mior Azlan, walaupun adiknya Mior Azib menghidapi Sindrom Down serba kekurangan tapi dia begitu menghargai peluang yang diberikan oleh Mc Donalds kepada adiknya itu.

"Saya tidak kisah pasal gaji, yang penting Azib boleh bantu diri dia, teruskan kehidupan seperti orang lain, terima kasih McD, semoga Allah beri ganjaran atas niat murni bantu anak-anak syurga." 

"Saya harap syarikat -syarikat diluar sana yang berkemampuan berilah peluang kepada anak-anak syurga ni , bagilah peluang walaupun sekali , mereka bukan orang biasa tetapi mereka ni luar biasa, nikmat yang Allah beri pada mereka kita boleh kongsi untuk Saham Akhirat," tulis beliau di laman Facebooknya.


Terima Kasih Kerana beri sokong moral Kepada Adik saya Mior Azib , 
Semoga Maju Jaya azib You Rock bro


Ok if korang datang ke Mcd Bandar Tun Hussein Onn Say la Hai kat Mior Azib , Mior Azib Friendly
10am - 2pm Mior Azib ada kat Mcd
Thanks Mcd Jaga Adik saya


Terima kasih kepada Mc Donalds Malaysia, kerana anda antara segelintir majikan hebat yang membuka peluang kepada mereka yang kurang bernasib baik ini untuk bekerja. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "