Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Amerika Gugurkan 'Ibu Segala Bom' Di Afghanistan, Bom Bukan Nuklear Terbesar Milik mereka

14 Apr 2017
No Comment

Pihak tentera Amerika Syarikat (AS) semalam dilaporkan telah menggugurkan 'ibu segala bom', bom bukan nuklear terbesar milik mereka yang memusnahkan sebuah kompleks dipercayai kepunyaan militan Daesh di Afghanistan, lapor CNN News.

Pasukan tentera udara AS di Afghanistan dalam satu kenyataan berkata, bom yang digugurkan itu dikenali sebagai GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast dan ianya jatuh tepat mengenai sasaran atas kompleks yang terletak di daerah Achin dalam wilayah Nangarhar.


Bom seberat 9,797 kilogram itu telah dilepaskan oleh pesawat MC-130 pada jam 7.32 malam waktu tempatan (10.32 malam waktu Malaysia). Jurucakap Pentagon, Adam Stump berkata ia adalah serangan pertama menggunakan bom jenis itu - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "