
Ada yang gemar aktiviti riadah, atau sukan yang melibatkan ramai orang, seperti futsal, atau pergi bercuti, bersama kawan-kawan, tapi, ada juga yang melakukan aktiviti secara bersendirian, lebih-lebih lagi jika melakukannya dalam ‘keterpaksaan’, seperi ‘travel’.
Mungkin ramai yang katakana, kalau ada yang ‘travel’ secara solo, seorang yang berani, ‘adventurous’, juga mampu berdiri di atas kaki sendiri, dalam semua keputusan yang dibuat.
Namun, bukan semuanya indah, kerana menurut salah seorang pengembara ini, saudara Khairul Jamain, yang mengembara da nada ketikanya perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan, terdapat beberapa depresi yang perlu dihadapi bila seorang diri.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Ketawa seorang diri, bercakap seorang diri, mempunyai banyak soalan untuk diri sendiri berbanding soalan kepada orang lain, makan apa yang ada, berjimat selagi boleh,lighter ada rokok tak ada. Dan ini sebenarnya adalah perkara biasa kau mengembara dalam jangka yang panjang dan tak tahu bila kau akan pulang ke rumah.
Ramai yang menganggap backpacker dalam tempoh yang lama seperti 1 tahun, 2 tahun, 3 atau 4 tahun ini menyeronokkan.
Percayalah cakap aku, ia bukan sesuatu yang mudah atau seperti kau tengok tv Astro chanel Asia Go, itu travel orang kaya.
Apabila kau memilih jalan hidup mengembara, jalanan adalah universiti untuk kau maka bersedialah dari segi mental dan fizikal.
Aku senaraikan 9 depression yang dihadapi semasa mengembara jika kau memilih untuk menjadi pengembara sepenuh masa.
1 - Kawan
Kawan aku bergantung pada berapa lama aku boleh tinggal di sesebuah negara dan aku takkan ada banyak kawan, mungkin 3 orang, mungkin 2 orang,mungkin seorang dan paling sadis tak ada kawan sebab aku dah biasa hidup sendiri.
2- Hiburkan diri sendiri
2- Hiburkan diri sendiri
Sepanjang masa aku cuba menghiburkan diri aku sendiri berbanding orang sekeliling aku, aku ketawa seorang diri, bercakap seorang diri dan kadang kala bermain dengan diri sendiri kerana sepanjang aku mengembara teman setia aku adalah diri sendiri.
3 - Duit
3 - Duit
Kehabisan duit itu menjadi perkara biasa bagi aku, tapi bagaimana aku akan bernafas untuk hari esok adalah luar biar bagi aku. Aku tak akan mempunyai duit yang banyak apatah lagi berjuta tapi aku mempunyai duit yang mampu membawa aku melangkah ke negara lain dan itu bagi aku sangat bersyukur.
4 - Makan
Aku tak akan memilih makan, kau akan makan apa yang boleh kau makan, catu makanan , dan makan seorang diri.
5 - Susah
5 - Susah
Aku rasa lebih banyak susah berbanding senang, lebih banyak cabaran berbanding kesenangan, nasihat aku, nak travel lama? Fikir masak-masak.
6 - Persoalan
6 - Persoalan
Bila aku mengembara, lebih banyak persoalan wujud dalam diri aku dan sentiasa ada persoalan untuk diri sendiri berbanding untuk orang lain, dan aku sedar satu perkara, kadang kala ada persoalan yang hanya persoalan dan tidak perlu di jawab.
7 - Homesick
Aku homesick pasal makanan, kawan-kawan , keluarga, bahasa dan banyak lagi.
8 - Kongsi memori
8 - Kongsi memori
Apabila aku melalui kenangan indah seperti melihat kelip-kelip di hutan yang sangat cantik pada waktu malam di jepun, melihat milky way seorang diri di atas bukit di Nakamura, kenangan itu aku tak dapat kongsikan dan aku selalu berharap ada orang yang aku sayang atau suka dapat melihat juga apa yang aku lihat.
9- Tiada sesiapa yang boleh kongsikan masalah
9- Tiada sesiapa yang boleh kongsikan masalah
Travel solo memang aku tak ada kawan nak berkongsi masalah. Kau kena selesaikan semuanya sendiri, kadang kala aku terfikir, aku perlukan seseorang untuk teman aku mengembara.
Sebenarnya banyak lagi depression yang aku hadapi selama aku travel, tapi itulah dia sebenarnya kemanisan dalam pengembaraan.
Harap ini tidak mematahkan semangat korang yang ingin mengembara. Teruslah melangkah walau dua mata buta.
- Siakap Keli
BACA: Berbaloikah, Pengembaraan Jangka Masa Panjang, 10 Perkara Ini Anda Bakal Hadapi, Ia Mungkin Sesuatu Yang Kurang Menyenangkan
Sebenarnya banyak lagi depression yang aku hadapi selama aku travel, tapi itulah dia sebenarnya kemanisan dalam pengembaraan.
Harap ini tidak mematahkan semangat korang yang ingin mengembara. Teruslah melangkah walau dua mata buta.
- Siakap Keli
BACA: Berbaloikah, Pengembaraan Jangka Masa Panjang, 10 Perkara Ini Anda Bakal Hadapi, Ia Mungkin Sesuatu Yang Kurang Menyenangkan