Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Ripsaw EV2, Fakta Hebat Tentang Kereta Kebal Mewah Yang Digunakan Dalam Filem #Fast 8, Mampu Bergerak 160 KM/J

15 Apr 2017
No Comment

Pasti ramai sudah menonton filem terhebat 2017 iaitu 'fast and furious 8', ramai dilihat menyatakan begitu puas hati dengan filem berkenaan kerana jalan ceritanya yang begitu menarik dan berbeza dengan siri sebelum ini.

Ramai tertanya-tanya, di dalam filem berkenaan memaparkan sebuah kereta kebal yang dilihat mampu bergerak slaju sebaris dengan kereta mewah lain di atas permukaan ais.


Adakah ianya sekadar sengaja diwujudkan di dalam filem atau betul-betul wujud?

Kereta kebal berkenaan sebenarnya betul-betul wujud, ianya dikenali sebagai Ripsaw EV2 dan mahal dengan prestasinya yang cukup tinggi dan rekaan dalaman yang mewah.



Kereta kebal ini memang dibina untuk kegunaan pihak tentera sebagai kenderaan tank berkelajuan tinggi dan terbukti sehingga kini menjadi kereta kebal paling laju di dunia dengan kelajuan mampu mencapai 100 Mph atau 160km/j.

Kenderaan ini telah dibangunkan sejak tahun 2013 lagi oleh Howe dan Howe Tech di mana beribu-ribu jam idea dan tenaga manusia telah digunakan untuk membagunkan teknologi canggih ini.

Ia didatangkan dengan kekuatan enjin  diesel 600 kuasa kuda, The Ripsaw 2 ini mempunyai keunikan yang tersendiri dalam kelasnya.

Ripsaw EV2 yang digunakan di dalam filem 'fast and furious 8' ini adalah buatan tangan, pengeluarannya amat terhad, dan berharga $250,000 atau bersamaan RM1.1 juta.










- Siakapkeli.my

Sumber:. Ripsawtank, Tech Insider
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "