Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Yonex All England: Malaysia Naib Juara Beregu Campuran, Gagal Sekat Kemaraan China

12 Mac 2017

Pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying bergelar naib juara All-England bagi kategori beregu campuran apabila gagal menyekat kemaraan lawan dari China pada final yang berlangsung sebentar tadi.

China menang perlawanan tersebut 2-1.

Set pertama menyaksikan pertarungan sengit di awal permainan namun Malaysia berjaya menjinakkan China di pertengahan perlawanan seterusnya menang 21-18 di set berdurasi 25 minit itu.

Set kedua pula melihatkan Malaysia ketinggalan seketika di belakang permainan namun berjaya mengejar pada pertengahan permainan. Kegagalan pasangan dari China mengambil pukulan dengan sempurna memberi ruang kepada Malaysia untuk berada di hadapan.

Bagaimanapun, kegemuruhan melanda di akhir set kedua apabila kedua-dua negara saling mengejar mata hingga ke saat akhir perlawanan. China memenangi set tersebut 21-19 seterusnya mengheret permainan ke set ketiga.

Pada set ketiga, Malaysia diberi tekanan yang tinggi oleh pasangan China hingga ke akhir perlawanan. China memenangi set tersebut 21-16.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "