KUALA TERENGGANU, 12 Mac: Mat Saleh yang pandai bercakap dalam loghat Terenggan, Kareef Daniel Abdullah atau Mat Dan selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan seorang gadis Melayu di Bukit Chendering di sini pagi tadi.
Majlis pertunangan mereka itu diketahui selepas foto majlis itu viral di media sosial.
Foto yang viral juga memaparkan Mat Dan ditemani bapa dan ibunya, Kevin Tyler dan Nicol Tyler.
Foto viral juga memaparkan ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari seorang gadis berbaju kurung biru dan bertudung ungu lembut.
Sumber BH Online berkata, Mat Dan selamat melangsungkan pertunangan kira-kira jam 10 pagi tadi dengan hanya dihadiri sahabat dan keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Katanya, pertunangan diadakan secara sederhana bagi menghormati permintaan pasangan itu.
"Memang benar Mat Dan sudah bertunang dengan gadis tempatan kira-kira jam 10 pagi tadi sambil dihadiri sahabat dan keluarga terdekat sahaja.
"Atas permintaan keluarga pasangan itu, majlis dibuat sederhana mengikut amalan tradisi Melayu," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Sumber itu berkata, identiti gadis terbabit tidak boleh didedahkan atas permintaan keluarga yang mahu menjaga privasi masing-masing.
Selain itu, sumber juga enggan mendedahkan tarikh pernikahan pasangan itu.
Sumber: BH Online
ala xyah nak sensored2 bagai. bnda baik buat apa nak tutup2
BalasPadam