Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Chong Wei Juara All-England 2017, Menang Mudah Dengan Shi Yuqi

12 Mac 2017


Chong Wei merangkul gelaran juara All-England buat kali keempat selepas menewaskan pemain muda dari China, Shi Yuqi sebentar tadi.

Chong Wei dilihat menang mudah 2-0 dalam permainan terbabit apabila lawannya dilihat tidak berjaya mengikut rentak permainan yang dibawa oleh Chong Wei.

Set pertama merakamkan Chong Wei mendominasi permainan dari awal hingga akhir seterusnya menang 21-12.

Set kedua pula menyaksikan rentetan yang sama dan Chong Wei berjaya menundukkan Shi Yuqi dengan mudah. Bagaimanapun, di mata (MY)18-10 (CN) permainan, Shi Yuqi mengalami sedikit kecederaan apabila tersilap langkah ketika mahu membalas pukulan menyebabkan permainan tergendalan buat seketika.

Permainan tamat selepas Chong Wei menamatkan permainan dengan kemenangan 21-10.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "