Tapi mesti ramai yang tidak pernah dengar tentang Unit Tindakan Khas (UTK) kan? UTK adalah Unit Elit Anti-Keganasan dan pakar dalam peperangan bandar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Dengan kata lainnya, jika pasukan VAT 69 terkenal dengan taktikal di hutan, UTK pula terkenal dengan taktikal di bandar. Mungkin disebabkan kekurangan liputan mengenai UTK menyebabkan pasukan itu kurang dikenali ramai.
Bagaimanapun, semua itu bakal berubah dengan filem J Revolusi.
Filem arahan Zulkarnain Azhar itu merupakan filem tempatan pertama yang menceritakan tentang pasukan UTK.
Filem J Revolusi mengisahkan tentang kisah seorang pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Jay Zulkarnain (Zul Ariffin), berusaha menyelamatkan adiknya, Dian (Fazura) yang diculik pengganas.
Dalam misi menyelamat itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Dari situ, tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.
Aksi Original Dari Jaguh MMA dan UTK
Bercerita tentang tema yang diketengahkan oleh J Revolusi pula, filem itu dilihat lebih memfokuskan kepada aksi dan feel apabila mengambil beberapa bintang terkemuka dari Mixed Martial Arts(MMA) untuk memainkan watak filem terbabit.
Antara jaguh MMA yang terlibat dalam pembikinan J Revolusi adalah Peter Davis dan Saiful Merican, yang memegang watak antagonis.
Menurut Peter, peluang tersebut dapat memberi sumbangan besar kepada industri filem Malaysia dan juga sukan MMA di Asia.
"MMA telah dedahkan saya kepada banyak peluang dalam hidup saya, lebih dari apa yang saya dapat bayangkan. Walaupun saya juga bertinju, tetapi saya lebih teruja menjadi sebahagian dari filem 'J Revolusi' ini," katanya.
Malah, babak-bakak aksi dalam J Revolusi juga mendapat bantuan dari pakar aksi dari Hong Kong - sebuah syarikat yang dimiliki Andy Lau.
Peter Davis. |