Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anda Ada Kad ‘Loyalty’ Petrol, Ini Adalah Perbandingan Kelebihan Kad-Kad ‘Loyalty’ Petrol Dari Segi Penebusan Petrol

4 Mac 2017
14 ulasan

Mesti ramai di antara kita yang mempunyai kad ‘loyalty’ petrol dari mana-mana syarikat petrol yang ada. Ini kerana kita bukan sahaja mengisi petrol dari satu-satu syarikat petrol sahaja, bila mana ingin mengisi petrol, lebih-lebih lagi bila kecemasan, mana yang nampak dulu, pasti kita akan kunjungi terlebih dulu.

Dalam pada itu, kita pasti akan gunakan kad ‘loyalty’ petrol untuk mengumpul mata, dan diakhirnya boleh ditebus untuk mengisi petrol, atau membeli barangan lain di ‘mart’ petrol tersebut.

Namun tahukah anda, ada perbezaan kiraan ‘point’ dari setiap syarikat petrol yang ada, dan menurut perkiraan dari perkongsian saudara Zulzahar Zailan ini anda dapat kumpul ‘point’ yang berbeza dari setiap ‘petrol station’ yang ada ini. Banyakkah perbezaan setiap ‘petrol station’ tersebut? Mari kita ikuti perkongsian darinya.


a. Kali ni saya buat perbandingan kelebihan kad-kad loyalty petrol dari segi penebusan petrol

1. Caltex: Kad Journey 

1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma

Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM6,900
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.29/liter

2. Petronas: Kad Mesra 

1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma

Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM6,900
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.29/liter

3. BHPetrol: BHPetrol eCard

RM1 petrol = 1 point
550 points = RM5 petrol percuma
3000 points = RM27.27 petrol percuma

Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM3,000
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.28/liter

4. Shell: Kad Bonuslink

1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma

Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM6,900
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.29/liter

5. Petron: Kad P-Miles

RM1 petrol = 1 point
950 points = RM10 petrol percuma
1600 points = RM20 petrol percuma
3000 points = RM45 petrol percuma

Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM3,000
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.27/liter


b. Berdasarkan pengiraan ni, kad petrol yang paling menguntungkan mengikut turutan  (Harga semasa RON95 = RM2.30) :

1. Petron: Kad P-Miles (RM2.27/liter)
2. BHPetrol: BHPetrol eCard (RM2.28/liter)
3. Caltex: Kad Journey (RM2.29/liter)
4. Petronas: Kad Mesra (RM2.29/liter)
5. Shell: Kad Bonuslink (RM2.29/liter)

c. Untuk orang macam saya yang menggunakan 90.5 L petrol sebulan (perjalanan 60km sehari, hanya mengambilkira hari bekerja) , berikut adalah jumlah petrol yang dapat dijimatkan:

1. Petron: RM2.71
2. BHPetrol: RM1.81
3. Caltex, Petronas & Shell: RM0.90
4. Tanpa sebarang kad royalti petrol: Tiada penjimatan

Nota kaki:

1. Semua pengiraan berdasarkan penggunaan RON95 pada harga semasa RM2.30/liter
2. Contoh pengiraan untuk dapatkan nilai sebenar yang dibayar untuk per liter petrol:

Caltex
3000 L = RM6900 - RM30
1 L = RM?
1÷3000 × (6900-30) = RM2.29/L

Petron
1304 L = RM3000 - RM45
1 L = RM?
1÷1304 x (3000-45) = RM2.27/L

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 14 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. ak pnah la pakai 1 minyak ni tapi cepat sgt abes la ak pegi keje ulang alik naik moto isi rm 8 boleh tahan 2 hari je pdhal bkn jauh benor.. kalau moto berapa sen sgt kn klu nak beria pakai loyalty card hhehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehh.. walaupun sen, tapi still berharga kot.. x nmpak rm 1 boleh dapat 1 point.. dah cukup point baru boleh tebus minyak free...itu la gunanye..

      Padam
    2. betul2, even 1 point i rasa tak rugi tau ..sbb bole dapat smtg kan thn isi minyak dengan kosong je lagi pon i dengar harga minyak pon dah naik ni ..so ambik je points nnt redeem lar ..

      Padam
    3. Kena tengok harga... skrg setiap minggu tukar. susah nk tau berapa liter dah... skrg mahal.. dulu RM8 cukup.. skrg paling kurang pun RM10. Harga mahal, tapi tetap kena collect point juga.

      Padam
    4. walaupun guna moto, rm8 mungkin dapat dekat 4 liter macam tu, so dengan petronas mesra card akan dapat 3x ganda point, iaitu 12 points, yang lain mungkin dapat 4 point sahaja sebab 1 liter 1 point untuk lain, petronas 1 liter 3 point

      Padam
    5. ONG DAVE::: betul jgakkan.. tapi 1 liter 3x point byk tu klu nk dibandingkan dgn petrol lain.. rm 8 x smpai 4 liter la hehe.. lepas ni boleh pegi petronas apply..

      Padam
  3. tapi kalau guna petronas, 1L 1 point.. tapi yg best nye petronas byk contest seh boleh join.. station dia kat malaysia ni pun berlambak.. senang nak cari la kalau kat highway tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengar2 skrg dah 1L 3point dah.... kalau petrol naik tu.. mesti byk nk isi dulu... biasa la mcm tu.. Highway biasanya byk petrol station...

      Padam
    2. macam semua sama je, 1L 1 point semua, tapi petronas sudah 1L 3 point, senang lagi nak dapat point, selain itu, petronas pun senang cari di malaysia

      Padam
    3. tapi aku tidak suka guna petronas, tapi point petronas 3 kali ganda, haiz, susah lar aku nak pilih

      Padam
    4. mmg btul petronas paling senang nak jumpe... tapi ak tgk kt newspaper, petronas ade byk benefits dari petrol lain.. ak dari x guna jadi nak guna.. byk discount dgn promotion.. jadi x sabar lak nak apply!

      Padam
  4. dekat2 1000 point baru dapat rm10, susahnya nak dapat rm10, kena isi rm1000, banyak duit invest dalam petrol, haiz

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya akan ambil beberapa tahun untuk kumpul point, atau satu keluarga guna satu card, senang mereka kumpul point and tukar benda yang guna kepada keluarganya.

      Padam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "