Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Bapa Harus Waspada, Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Meningkat 300% Di Perak

4 Mac 2017
No Comment

IPOH: Ibu bapa dan penjaga diminta mengambil langkah berjaga-jaga berikutkan perkembangan terbaru berkaitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini dimana berlakukanya peningkatan kes sebanyak 300 peratus bagi tempoh dua bulan pertama, lapor Sinar Harian.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, dari 1 Januari hingga 25 Februari lepas, Perak mencatatkan sebanyak 538 kes HFMD berbanding 134 bagi tempoh sama tahun lepas.

Katanya trend peningkatan penyakit HFMD ini dikesan sejak minggu pertama awal tahun setelah melepasi paras purata kes lima tahun.

“Untuk tahun ini sahaja, sembilan wabak dikesan berlaku, tiga daripadanya di tadika, masing-masing dua di sekolah rendah dan rumah persendirian sementara satu kes berlaku di taska dan institusi jagaan kanak-kanak khas, bagaimanapun tiada kematian dilaporkan setakat ini,” katanya.

Menurut beliau, majoriti kes terbaru HFMD ini melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah.

Walaupun ada rawatan perubatan yang berkesan digunakan ketika ini, penyakit terbabit amat cepat menular dalam kalangan kanak-kanak kurang 10 tahun yang terdedah kepada tempat tumpuan seperti taska, tadika dan sekolah rendah.

“Ibu bapa termasuk pengusaha pusat jagaan kanak-kanak ini perlu sentiasa berwaspada, sebaiknya amalkan pencegahan sekiranya sudah ada tanda awal jangkitan.

“Penyakit HFMD merupakan satu daripada penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), jadinya orang ramai boleh melaporkan kejadian kes ini ke pejabat kesihatan daerah yang berhampiran,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "