Sadis, Seekor Buaya Mati Dibaling Batu Oleh Pengunjung Zoo, Suka Buang Sampah Dalam Kandang Haiwan
TUNIS, TUNISIA: Gara-gara sikap tidak bertanggungjawab pengunjung zoo yang suka membuang sampah dalam kandang, seekor buaya di zoo Belvedere di sini mati akibat dibaling batu oleh sekumpulan pengunjung.
Pihak majlis perbandaraan Tunis telah memuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan buaya berkenaan berlumuran darah dengan batu menghempapnya dia atas kepadalanya di laman sosial rasmi facebook jabatan itu.
"Sekumpulan pengunjung zoo telah membaling batu dikepala buaya sehingga menyebabkan pendarahan dalaman dan menyebabkan ia mati," kata kenyataan itu.
Pihak berkuasa menyifatkan perbuatan pengunjung zoo berkeenaan yang terletak di tengah Tunis itu adalah tingkah laku ganas.
Sementara itu, doktor haiwan zoo berkenaan, Amor Ennaifer berkata, reptilia itu mati selepas dibaling batu besar di kepala lewat Selasa lalu.
"Ia amat teruk. Anda tidak dapat bayangkan apa yang haiwan itu terpaksa lalui akibat perbuatan beberapa pengunjung.
"Orang ramai membuang sampah dan beg plastik, mereka turut membaling batu kepada singa dan badak air," katanya kepada AFP
Enanifer berkata, zoo itu mempunyai papan tanda dan pengawal tetapi ia tidak cukup terutamanya ketika musim cuti sekolah.
"Terdapat lebih daripada 150 spesies dalam zoo. Kita tidak boleh meletakkan pengawal di hadapan setiap sangkar.
"Orang ramai perlu menyedari keperluan untuk menjaga haiwan," ujarnya. - Siakapkeli.my
Sumber: AFP