Foto: Bored Panda |
Penyayang dan sweet. Itu yang boleh diumpamakan kepada seekor kucing yang bernama Yello yang tidak meninggalkan pasangannya terkial-kial seekor diri ketika dan selepas bersalin.
Kisah manis itu dikongsi oleh pemilik kucing tersebut, Thuy Duong dari Vietnam.
Ketika pasangannya; yang bernama Tam The; melahirkan anak, Yello tidak berperangai seperti kucing-kucing lain yang hilang entah ke mana. Malah, dia menemani Tam The di sisi dan kelihatan sedikit stress di saat-saat genting itu.
Bagaimanapun, perasaan tegang Yellow akhirnya tamat apabila Tam The selamat melahirkan anak.
Lebih mengujakan, Yello turut memberi sokongan kepada pasangannya itu selepas beranak dengan menjilat-jilat sebagai tanda kasih sayang.
Menurut Thuoy Dong lagi, Yello bukanlah jenis kucing yang manja dengan orang lain. Ia hanya menunjukkan kasih sayang kepada pasangan dan juga keluarga barunya.
Yello dilihat sedikit stress ketika menunggu Tam The melahirkan anak. |
Yello memberi sokongan kepada Tam The selepas melahirkan anak. |
Tam The selamat menjadi ibu buat kali pertama hasil hubungan dengan Yello |
Keluarga bahagia |
Masa bermain dengan bapa. |
Sumber: Bored Panda