BACA: Doktor Gigi Ini Kongsi Tips Penjagaaan Gigi Buat Ibu Hamil, Tidak Perlu Gusar Untuk Mendapatkan Rawatan Pergigian Walau Ketika Hamil
Itu untuk ibu, bagaimana pula untuk anak, atau bayi yang baru tumbuh gigi, adakah perlu dicuci, serta apakah cara terbaik untuk mencuci, atau menjaga gigi bayi tersebut?
Untuk menjawab pertanyaan tersebut, doktor gigi, iaitu saudari Nurfarahin Sufri kongsikan tips penjagaan gigi bayi yang boleh diamalkan buat ibu di luar sana. Mari kita ikuti perkongsian darinya.
1. Penjagaan Gusi
Gusi anak perlu dijaga walaupun gigi belum tumbuh. Susu ade karbohidrat yang berkanji dan ada yang bergula. Kalau sisa susuan tidak dibersihkan, ia menyebabkan mulut anak akan berbau masam dan gusi/lidah boleh menjadi keputih-putihan dan tidak sihat. Anak pun tak selesa. Sambil-sambil tu niatlah nanti gigi anak aku tumbuh sihat dan kuat. Ada jugak mommy cakap doktor anak saye nak tumbuh gigi, tapi kenapa saya yang sakit gigi? Macam mana boleh berjangkit? Seminggu dah sakit. Mommy, tu masalah gigi mommy tak ada kaitan dengan anak ye. Mohon pergi jumpa dentist dengan kadar segera ye
Gigi pertama lebih kurang 6 bulan la tumbuh. Nampak je gigi bersihkan gigi itu menggunakan kain bersih yang dibasahkan (guna air masak lagi baik). Kalau dah pandai gigit tu belikan berus khas untuk umur diorang kang kene gigit jari sakit, ouchh..
3. Elak anak hisap botol susu sambil tidur
Ni paling penting la. Jangan ajar anak hisap botol susu sambil tidur. Susu badan pon tak boleh ok. Ini kerana kandungan kanji atau karbohidrat dalam susu akan membentuk lapisan melekit (plak) pada permukaan gigi then rosak. 'Karat-karat' warna coklat tu. Nanti parents cakap. Gigi anak saya reput doktor, makin saya berus makin reput.. Cehh banyak laa..
4. Lepas hisap susu, minum air masak
Sebaiknya mcm tu la.. Ala-ala bilas cenggitu
5. Jangan isi air bergula dalam botol susu
Ni kan memang kesalahan besar ni. Kadang air sirap, teh o, milo. Sapa dah start sempat lagi nk stop ok.
Masa anak 6 bulan tu bawak dah jumpa misi ke doktor gigi, nanti bagi education lagi jelas. Ada dental kit boleh tunjuk demo sekali. Pastu jangan la takutkan budak-budak. "Haa nanti doktor cabut gigi.." Dah kenapa pulak tak ada angin, tak ada ribut nk pi cabut gigi budak tu. Bagi la kat anak cite yang baik pasal kitorang. Contohnya, jangan takut anakku, doktor sume baik laa, cantik pulak, sopan santun, penyayang. Haa cenggitu, baru la anak tak takut. (boleh abaikan yang tak penting). Misi baik taw, nanti dia tolong sapu ubat kalau ade yang nak rosak-rosak tu.
7. Jangan share makanan dengan anak
Jangan salah faham ye.. Nampak mcm aku ni penghalang keakraban seorang mak dan anaknye.. Bukan gitu.. Cuma kite ni gigi dah penuh, bakteria lebih kurang 1000++ jenis yang duk dalam mulut tu, pastu kunyah2 makanan bg kat anak.. So dengan jayanya kite transferkan bakteria dalam mulut kite pada anak.. Soo gigi diorang x selamat jugak lah..
Then last sekali, jangan bagi puting tiruan or bagi anak hisap jari lah. Nanti gigi jongang tak cantik.. Kann..