Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelakon Ary Malik Kembali ke Rahmatullah

28 Feb 2017

Kuala Lumpur, 28 Feb - Pelakon dan pengacara, Ary Malik, 46, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira jam 7.17 malam tadi.

Beliau meninggal dunia akibat kanser ovari tahap empat yang dihidapinya

Menurut rakan baik keluarganya yang dikenali sebagai Sam, Ary menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Shahrul Nizam Shaharuddin dan juga keluarga, lapor Utusan Online.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan berita sedih itu dan berkata jenazah dijangka dibawa ke Masjid Kem Wardieburn dan berkemungkinan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota.

Petang tadi, berita tidak benar mengenai kematian arwah tersebar di media sosial.

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Al-Fatihah.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "