Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rakyat Malaysia Tidak Digalakkan Kunjungi Korea Utara - Menteri

23 Feb 2017

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak mengunjungi Korea Utara atas faktor keselamatan susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-un di KLIA baru-baru ini.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, kerajaan bimbang kemungkinan berlaku perkara yang tidak diingini.

"Kita bukan bersangka buruk terhadap Korea Utara tetapi ini sebagai langkah berjaga-jaga.

"Korea Utara adalah sebuah yang sukar dijangka. Apa-apa saja berlaku. Jadi saya nasihat rakyat Malaysia jangan ke sana dan kita tak galakkan.

"Dari segi pelancongan, kejadian ini tidak menjejaskan kemasukan pelancong asing ke negara kita. 

"Tidak ramai pelancong dari Korea Utara datang ke Malaysia kerana rakyat negara itu tidak dibenarkan keluar dari negara mereka. 

"Keadaan ini, sememangnya tidak memberi kesan kepada kita kerana yang datang pun pegawai kerajaan mereka dan jumlahnya kecil. 

"Malaysia sebuah negara yang bebas dan kita menerima sesiapa saja pelancong yang datang termasuk dari Korea Utara" katanya hari ini sebagaimana lapor BH Online.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "